Pelakon Yusuf Bahrin reda apabila rumah tangganya bersama penyanyi, Zizi Kirana berakhir selepas dia sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.
Menurut Yusuf, dia tidak menyangka hubungan mereka akan berakhir sedemikian. Namun, dia tetap percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.
“Hari ini, telah pun berlangsungnya prosiding perceraian saya bersama bekas isteri, Zizi Kirana.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, tiada satu pun pasangan di dalam dunia ini yang sukakan perceraian.
“Namun, dalam kisah hidup saya dan Zizi, inilah pengakhirannya yang saya sendiri tak pernah jangka dan tahu ia bakal terjadi di dalam kehidupan saya,” katanya kepada MH.
Ads
Terdahulu, Yusuf melafazkan cerai talak satu terhadap Zizi di hadapan Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah pada pagi Khamis.
Berpisah Secara Baik
Jelas pelakon filem The Lord Musang King itu lagi, mereka telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan, namun takdir menentukan sebaliknya.
Ads
“Kami sudah buat yang terbaik dan mencuba sedaya upaya untuk selamatkan perkahwinan tapi ia tetap jadi sebegini,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Yusuf memaklumkan mereka memilih untuk berpisah secara baik tanpa sebarang dendam.
Ads
“Namun, kami berpisah secara baik, tiada permusahan dan dendam. Jadi, saya minta doa daripada kalian untuk mendoakan kebaikkan buat diri kita sendiri dan orang lain,” akhirinya.
Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi Nourul Depp tidak berniat untuk membuka semula kisah perselisihan faham antara dirinya bersama anak sulung, Ayu Nazirah ketika muncul dalam sebuah program audio siar, baru-baru ini.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, apa yang dikongsikan dalam podcast tersebut adalah berbentuk nasihat umum kepada anak-anak lain, bukan untuk memburukkan anaknya sendiri.
“Kisah itu sebenarnya sudah empat tahun berlalu. Cuma pada momen di podcast itu, saya bercerita kembali. Saya bukan nak ceritakan keburukkannya. Walau apapun yang terjadi, dia tetap anak saya.
“Saya biarkan dia berjalan dahulu mencari dirinya sendiri. Dahulu pun saya melalui proses mencari diri. Saya juga ada melakukan kesilapan.
“Apa yang saya cakap dalam podcast itu hanyalah sebagai seorang ibu yang ingin memberikan nasihat kepada anak-anak yang lain.
“Walau apapun cara kita nak kejar atau jalani hidup, ibu kita tetap ibu kita. Jangan lupakan mereka. Saya dibesarkan dengan cara sebegitu. Kita kena hormat ibu bapa dan orang tua,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert For You Nourul di Smith & Wollensky, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam masa sama, Nourul memaklumkan dia kini memilih untuk reda dan menyerahkan segalanya kepada takdir, dengan harapan hubungan bersama anaknya dapat kembali pulih suatu hari nanti.
“Saya sudah ajar hampir semua perkara kepada anak saya. Dia pun belajar pandai. Jadi, ini jalan yang dia pilih. Hal ini tidak mengganggu saya sangat. Saya sudah lepaskan perasaan itu.
“Jika soalan ini ditanya pasa tahun 2022, mungkin saya akan rapuh. Itu juga salah satu fasa yang buat saya lebih mengenali diri.
“Sebab itu juga ada pergi berguru dan mulakan program fire talk. Saya nak melupakan dan sayang diri sendiri. Bukan nak kata saya tak sayang anak-anak tapi saya harus sayang diri sendiri.
“Sebagai ibu bapa, kita sudah banyak berkorban. Kita jaga mereka dikala sakit dan sihat. Jadi, saya bertanya kepada diri, adakah layak untuk menerima kekecewaan ini?,” ujarnya.
Pada masa sama, Nourul turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengelakkan tekanan berlebihan, apatah lagi selepas pengalaman menghidap penyakit serius sebelum ini.
“Kita akan sentiasa ada pergeseran dengan anak-anak dan kawan-kawan. Terpulanglah kepada anak itu sama ada dia nak mencari jalan penyelesaian atau tidak.
“Saya okay sahaja sekarang. Saya tak nak terlalu fikir yang berat-berat. Dahulu, saya pernah ada kanser. Saya tak mahu lagi ada penyakit itu.
“Situasi stress seperti ini boleh mendatangkan penyakit. Saya tak nak stress,” kongsinya.
Mengulas lanjut, Nourul menjelaskan tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan segera, meskipun dirinya aktif menjalankan program motivasi.
“Saya buat program seperti itu untuk bantu mereka membuka minda mencari solusi masalah. Saya bukan tak boleh selesaikan masalah saya. Saya boleh.
“Tetapi ada kalanya, bila sesuatu perkara itu kita terlalu mendesak, ia akan terus menjadi lebih teruk. Bukan saya seorang punyai masalah seperti ini.
“Jadi, saya kumpulkan mereka untuk bantu untuk mencari jalan penyelesaian. Saya juga mencari kesalahan saya sebagai ibu. Kita juga buat salah walaupun buat perkara baik.
“Sebagai contoh, bila kita layan anak seperti kawan, itu sebenarnya cara yang salah. Kita kena ada batas. Saya sudah tahu salah saya dan anak. Kini saya hanya menunggu waktu dan serah pada Allah SWT,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai tanda penghargaan atas kerja keras yang dicurahkan selama ini, usahawan sensasi, Aliff Syukri berbesar hati menghantar salah seorang pekerjanya menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Menerusi hantaran di aplikasi Threads, pekerja yang dikenali sebagai Syirah Azmi mengakui terharu dengan penghargaan tersebut.
Malah dia turut menyifatkan Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebagai majikan yang sentiasa menjaga kebajikan serta menghargai pekerja.
“Alhamdulillah, terima kasih Datuk dan Datin.
Kerja bukan sekadar tentang gaji, tetapi juga tentang berada dalam persekitaran yang sihat.
“Di mana di situ juga ada hormat, rasa dihargai dan peluang untuk berkembang.
“Tempat kerja yang baik membuatkan kita kekal bukan kerana kita terpaksa, tetapi kerana kita benar-benar mahu #bestevercompany,” tulisnya.
Hantaran yang tular itu turut mendapat perhatian daripada Aliff sendiri di aplikasi Threads.
Menurutnya, Syirah sememangnya layak menerima penghargaan tersebut kerana sikapnya yang berdedikasi dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
“Allah, tak sangka pula perkara ini jadi viral. Saya bagi memang ikhlas sebab awak kerja memang bagus.
“Apa yang penting, walaupun saya bising, awak tak pernah ambil hati. Kerja pun tak berkira masa. Takkanlah saya nak berkira dengan awak.
“Terima kasih juga kerana menghargai saya dan menghargai syarikat. Jasa anda amatlah saya hargai,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang sentiasa menghargai pekerja, selain mendoakan agar perniagaannya terus berjaya.
“Terima kasih menjadi hartawan yg masih memberi hadiah sebegini pada staff. Semoga Datuk makin kaya dunia akhirat.”
“Tahniah staf yang terpilih dan semoga di tambahkan rezeki buat team Datuk.”
“Suka hartawan muslim yang berfikiran dan budiman begini. Semoga lebih ramai mencontohi Datuk dan Datin.”
“Bestnya. Untung jadi staff Dato Aliff dan Datin Shahida ini. Semoga terus dimurahkan rezeki lagi.”
Terdahulu, hantaran daripada Syirah itu telah meraih lebih 10,000 tanda suka dan hampir 500 ulang siar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Threads Syirah_Azmi & Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga antara Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin akhirnya terjawab apabila kedua-duanya dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Yusuf tiba ke perkarangan mahkamah sekitar jam 8.40 pagi dengan mengenakan sut hitam dan ditemani oleh pengurusnya, lalu disusuli Zizi yang bersama aktres Umie Aida serta pendakwah bebas, Ustazah Asni.
Ketika disapa media, Yusuf berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik.
“InshaAllah saya okay. Doakanlah yang baik-baik. Selamat hari raya. Kita jumpa sekejap lagi,” katanya ringkas.
Selepas hampir lima tahun mendirikan perkahwinan, rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi, Zizi Kirana akhirnya menemui noktah apabila pasangan selebriti itu sah bercerai...