
Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mencuri perhatian apabila tampil sedondon bersama ibu tercinta, pelakon legenda Normah Damanhuri, sempena pelancaran drama Mandul Bukan Pilihan pada Khamis.
Kedua-duanya mengenakan persalinan merah, sekaligus memadamkan desas-desus dan spekulasi seperti yang didakwa segelintir netizen.
“Astaghfirullahalazim tak kanlah… Ini adalah syurgaku, mana boleh gaduh,” ujar Kak KM ringkas sambil diiyakan oleh ibunya.
Ditanya mengenai pemilihan pakaian pula, Kak KM mendedahkan dia memang suka bergaya sedondon terutamanya untuk acara yang bermakna.
“Sajalah mahu gayakan nak sedondon dengan penampilan mama. Warna merahlah kita.
“Kalau pergi mana-mana, memang kalau boleh nak pakai sedondon. Bila ambil gambar bersama tu, akan nampak cantiklah,” katanya.
‘Reward’ Diri Sendiri, Rezeki Dari Usaha
Dalam pada itu, beg tangan mewah yang digayakan Kak KM turut mencuri perhatian dan menurutnya, beg tersebut dibeli sebagai ganjaran untuk diri sendiri sempena sambutan Hari Raya lalu.
“Harganya dekat RM40,000. Ketika itu, saya belinya sempena raya lepas dan tema warna kali sekeluarga ialah merah.
“Jadi beg pun kenalah warna yang sama juga. Syukur alhamdulillah rezeki, kiranya ini ‘rewards’ untuk diri-sendiri jugalah.
“Penat kita kerja, apa lagi yang boleh kita belanjakan?” katanya lagi.
Sebagai informasi, drama bersiri 28 episod Mandul Bukan Pilihan akan mula bersiaran pada 14 Julai ini menerusi slot MegaDrama di Astro Ria.
Diterbitkan oleh ifame dan diarahkan oleh Osman Ali, drama ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Hun Haqeem, Mira Filzah, Ayda Jebat, Ashraf Muslim dan ramai lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI