Uncategorized

Ini Syarat Aeril Zafrel Bila Ada Yang Cuba Nak ‘Park’ Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa

Share

Pelakon Aeril Zafrel diakui sering memuat naik video atau gambar isteri dan anak-anaknya menerusi akaun Instagram miliknya.

Lalu kisahnya, semalam pelakon berkenaan ada memuat naik video perbualan isterinya, Wawa Zainal bersama dengan anak perempuan, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

“Hayla cantik, mama jelek. Budak-budak kalau cakap memang jujur kan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, apa yang menarik perhatian MH apabila ada individu yang berani menyatakan hasratnya untuk ‘park’ Hayla kepada Aeril.

“Bang…Hayla tu saya ‘park’ bang. Start hari ini saya menabung duit hantaran, selain dari itu saya pandai raver gak,” tulis individu tersebut.

Bagaimanapun, jawapan balas Aeril memang ‘win’!

“Tak minta banyak, cukuplah kau hafaz 30 juzuk al-Quran, kitab sahih Imam Bukhari, Imam Muslim dan Sunan Abu Dawud.

“Last kau tau menari zapin,” balasnya kepada inidvidu tersebut.

Ternyata jawapan Aeril membuatkan peminat lain yang membaca komen tersebut terhibur.

 

Pada MH memang agak lucu tetapi pelik dengan syarat Aeril yang ‘last’ itu. Mungkin dia pun hanya bergurau kan. Apapun, Hayla kecil lagi. Jadi biarlah dia menikmati zaman kanak-kanaknya. Tak gitu?

Sumber: IG Aeril Zafrel
Foto: IG Aeril Zafrel

IKLAN