Uncategorized

Ini Ranking GV5 Minggu Kedua : Noryn Aziz Pungut 81.9 Peratus, Diikuti Amelina, Shafie Dan…

Share

Bertemakan ‘Dalam Diam Ku Mencintaimu’, minggu kedua Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di minggu kedua menyaksikan Noryn Aziz menduduki tempat pertama.

Nyatanya, persembahan tersendiri menerusi lagu nyanyian asal Elite berjudul Trauma memberi impak buat keputusan markah buat penyanyi hebat ini.

Kedua, diikuti Amelina sementara Shafie Rio nampaknya konsisten menduduki tempat ketiga di kalangan 12 peserta lain yang bertanding.

Ini dia markah keseluruhan bagi setiap peserta yang turut menyaksikan Safura sebagai peserta pertama yang tersingkir untuk GV musim ini.

1) Noryn Aziz, 81.9% – Trauma (Elite)

2) Amelina, 81.6% – Kembali Terjalin (Zamani Slam)

3) Shafie Rio, 81.4% – Vida (Billy Zulkarnain)

4) Hetty Sarlene, 72% – Ah Rindu Lagi (Amelina)

5) Mya Ruslee, 69% – Hilangkan Segalanya (Farawahida)

6) Billy Zulkarnain, 67.6% – Mentari Muncul Lagi (Zamani Slam)

7) Dia Fadila, 64.4% – Cerita Cinta (Noryn Aziz)

8) Zamani, 64.2% – Andai (Dia Fadila)

9) Forteen, 61.9% – Manisnya Senyumanmu (Elite)

10) Farawahida, 56.6% – Rindu Aku Rindu (Hetty Sarlene)

11) Elite, 48.5% – Bulan Cinta (Amelina)

12) Safura, 39.7% – Diari Biru (Mya Ruslee)

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 dibawa secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam dari  Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Foto: Instagram Astro Gempak

 

IKLAN