Uncategorized

Ini Punca Kematian ‘Anak Syurga’, Adam Rayqal Mohd Sufi

Share

Punca kematian bayi malang, Adam Rayqal dipercayai akibat ‘head injury due to blunt force trauma’ atau trauma di kepala kerana hentakan menggunakan objek tumpul. Malah, borang sebab kematian mangsa turut dikongsi menerusi media sosial.

Terdahulu, rakyat Malaysia yang terkejut dengan insiden berkenaan merakamkan rasa pilu apabila kelibat ibu bapa yang memangku jasad berusia lima bulan itu yang dibaluti kain batik, saat melangkah keluar daripada Institut Perubatan Forensik Negara selepas proses pengurusan jenazah selesai.

Jenazah Adam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu. Turut mengiringi perjalanan mereka ialah tiga lagi kenderaan milik ahli keluarga.

Kesemua mereka dijangka tiba lewat petang ini di Terengganu.

Foto: Kosmo Online / Bernama

 

IKLAN