Ads

“Ini Lagu Tribute Buat Adik Nurul Huda Abdul Ghani, Bukan Lagu Kahwin,”- Tegas Adibah Noor

Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menegaskan lagu Terlalu Istimewa diciptakan khas bagi memperingati tragedi pembunuhan kejam anak kecil Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani.

Ia berikutan ada segelintir pihak yang gemar memainkan lagu ini di program keramaian terutamanya majlis perkahwinan.

Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Adibah menerusi sebuah tweet di akaun Twitter miliknya.

Ads

“Adik abang kakak sekelian, makluman kepada yang suka dengar lagu tapi tak berapa nak tau lirik lagu Terlalu Istimewa tu adalah tribute saya kepada allahyarham adik Nurul Huda Abdul Ghani dan kanak-kanak sepertinya. Jadi jangannnn ler kome buat lagu utk video perkahwinan kome ya,” tulisnya.

Tambah Adibah, kenyataan itu ditujukan khas kepada mereka yang suka mendengar lagu ‘Terlalu Istimewa’ tetapi tidak faham dengan maksud yang ingin disampai lagu tersebut.

Pelakon filem Telentime itu turut berharap agar tiada lagi kedengaran lagu ini dimainkan di mana-mana majlis perkahwinan selepas ini.

Ads

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Adibah selain turut mendoakan agar adik Nurul Huda ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

“Ini Lagu Tribute Buat Adik Nurul Huda Abdul Ghani, Bukan Lagu Kahwin,”- Tegas Adibah Noor

Ads

“Ini Lagu Tribute Buat Adik Nurul Huda Abdul Ghani, Bukan Lagu Kahwin,”- Tegas Adibah Noor

Terdahulu, Nurul dipercayai meninggal dunia dalam keadaan tragis apabila kanak-kanak berkenaan dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki sebelum mati dibunuh pada 2004 di Gelang Patah, Johor.

Foto: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.