Uncategorized

“Ini Kali Pertama Saya Pegang Watak Utama Dalam Filem,” – Tahniah Amar Asyraf!

Share

Setiap pelakon mesti mengimpikan untuk menjadi teraju utama dalam sebuah filem. Begitulah juga cita-cita yang dihajati oleh pelakon, Amar Asyraf.

Beberapa hari lalu, dia ada muat naik video trailer filem blok 404 yang bakal ditayangkan di pawagam hujung bulan ini. Apa yang menarik perhatian MH adalah kapsyennya itu.

“Hai. Ini trailer Blok 404. Akan ditayangkan pada 28.6.2018 ini. Sebuah filem thriller arahan @ismayusoof lakonan saya , @nadia.brian @nur_risteena @rajaazrey @zamarulhisham93 @boyiman_dbi @adrea_abdullah @fashasandha @aedyxashraf @kamaladli dan ramai lagi.

“Jika anda sudi, sila lah tolong saya repost,” tulisnya.

Dia juga turut berkongsi mengenai harapannya terhadap filem ini memandangkan ia merupakan filem pertama diri watak utama.

“Ini pertama kali saya memegang watak utama untuk sesebuah filem. Saya tahu kurang promosi filem ini. Saya promote apa yang saya mampu.

“Saya inginkan filem ini berjaya di panggung, ramai orang yang menonton ,supaya orang boleh melihat dan menilai hasil kerja saya sebagai seorang pelakon di layar emas.

“Supaya semua orang tahu saya punya kemampuan untuk menerajui sesuatu naskah filem walaupun saya kurang tinggi, kurang kacak, kurang athletic, ataupun nama saya tidak terkenal atau tidak sepopular pelakon pelakon lain.

“Thanks guys. Filem ini dan keberjayaan nya saya rasa kan sangat penting untuk kerjaya saya. Jika anda peminat saya dan ingin lihat saya berlakon lebih banyak filem di masa akan datang,tolong saya repost. Thanks. Jasa anda saya hargai sangat!” tulisnya lagi.

Terharu pun ada bila MH baca kapsyen Amar itu. Diakui, Amar mempunyai stail dan daya penarik sendiri. Dia juga tak kurang kacaknya juga kan?

Apa-apapun MH doakan semoga filem lakonan Amar dapat sambutan ya!

Foto: Instagram Amar Asyraf

IKLAN