Ads

Ini Jawapan Sedih Eyra Tentang Kesihatan Fendy Bakri

“Saya pernah merancang nak melawatnya tetapi dengan jadual yang padat memang sukar saya nak berbuat demikian.”

Itulah antara kata-kata Eyra Hazali apabila disoal tentang update kesihatan ‘pasangannya’ di dalam drama Mr. Grey.

BACA:

Kesihatan Mr. Grey Semakin Merosot Sukar Bercakap & Tidak Jelas, Ini Perkongsian Pengurus & Kakak Fendy Bakry

Eyra Hazali atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali akaui sedih atas apa yang diberitahunya.

Malah, Eyra menjelaskan sungguhpun dia tidak tahu apa penyakit yang menimpa Fendy sebenarnya, tetapi perkara ini membuatkan dirinya untuk lebih berhati-hati di dalam industri.

Ads

Sungguhpun sudah mula menjejakan kaki di dalam dunia lakonan sejak di bangku sekolah, Eyra akui untuk berada di dalam industri seseorang itu perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Ini Jawapan Sedih Eyra Tentang Kesihatan Fendy Bakri

Ads

“Jujurnya saya pun tidak tahu apa penyakit Fendy yang sebenarnya dan saya tidak boleh bercakap lanjut. Cuma dalam bidang seni, kita perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal,” jelasnya kepada media sewaktu di pelancaran Azura Couture Raya 2018.

Malah, Eyra juga akui sebagai seorang beragama Islam, dia sentisa menjaga hubungan yang baik dengan Sang Pencipta.

Katanya, sebelum hadir ke set pengambaran, dirinya akan sentiasa menunaikan solat serta membaca doa yang bersesuaian terlebih dahulu agar dapat menghindarkan perkara-perkara buruk berlaku pada dirinya.

Ads

Ini Jawapan Sedih Eyra Tentang Kesihatan Fendy Bakri

Dalam pada itu, Eyra rasa bersyukur kerana sehingga ke hari ini dirinya tidak menerima sebarang kecaman mahupun ugutan, sebaliknya hanya menerima beberapa komen daripada individu yang kurang meminati dirinya.

Aduh, kasihan betul artis-artis sekarang, bukan sahaja berisiko diserang oleh anti-peminat secara terang-terangan atau di media sosial, malah ‘secara halus’ pun boleh..

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.