Pelakon Ruhainies berkongsi kenangan ketika hari pertama di set penggambaran drama terbaru lakonannya, Cukup Derita Itu yang kini sedang bersiaran mengisi slot Samarinda TV3.
Menerusi video salah satu babak drama karya Siti Rosmizah arahan Along Kamaludin itu, Ruhainies mendedahkan ia merupakan adengan pertama penggambaran dan mengakui berdebar kerana melakonkan babak bersama Jasmin Hamid.
“I still remember. This scene was the first day and first scene for Ellani kat set drama #cukupderitaitu. Roh Ellani belum meresap dalam jiwa.
“Yela, first day masuk set terus buat scene episode 16 dulu. Nervous pulak tu first scene pulak dengan kak @jasminhamidjh.
Ads
“Momentum belum dapat, tapi Alhamdulillah everything went well,” tulisnya.
Ruhainies turut memuat naik video babaknya bersama hero, Hisyam Hamid.
“Second video tu pulak, tak ingat hari ke brapa. Maybe a week after. Masa tu belum tau hisyam hamid as zarul zhafran. Hahahha.
Ads
“See you guys tonight 10pm nanti! #cukupderitaitu,” tulisnya lagi.
Cukup Derita Itu ditayangkan pada Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam, turut menampilkan pelakon hebat lain Didie Alias, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Hisyam Hamid yang mendukung watak sebagai Zarul Zafran menerusi drama rantaian Cukup Derita Itu nyata mendapat perhatian penonton.
Ini kerana, terdapat beberapa babak lakonan Hisyam yang disiarkan dalam drama ini disifatkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Antaranya, babak Zarul yang cuba menutup mulut dengan pita pelekat dan mengikat tangan Mak Gayah yang dilakonkan oleh Jasmin Hamid antara babak yang paling mencuri tumpuan.
Pelakon dan pengacara Ain Edruce tampil berkongsi perkembangan terkini serta pengalaman setelah selamat melahirkan anak pertamanya, Soraya pada 19 Mei lalu.
Menerusi program #MHLifeStyle di YouTube, pelakon berusia 30 tahun ini antara lain memberikan komen berhubung soal penampilannya yang berseluar dalam berpantang untuk ke hospital baru-baru ini.
Perkara tersebut secara tak langsung menyebabkan ada yang seolah tak puas hati dan memberikan pandangan masing-masing.
“Bila saya terima komen macam tu, saya terfikir apa masalah mereka ni? Tak akan saya nak pergi hospital pakai kain batik, nak berikat sanggul dan sebagainya.
“Saya tak sangka benda ini boleh jadi satu isu. Pasal pemakaian ketika dalam berpantang ni kita kena tengok keadaan juga sebenarnya. Tak akan kita nak pergi hospital nak pakai batik tu semua.
“Kalau ada yang nak pakai dipersilakan, saya tak halang dan tak akan persoalkan pun,” kata pemilik nama lengkap Nurulain Edruce ini.
Ain pada masa sama menjelaskan, seluar yang disarungkan ketika itu adalah potongan longgar dan selesa dipakai.
“Pada pendapat saya sendiri, tak salah pemakaian kita ikut kepada keadaan dan situasi tertentu.
“Pada saya, tak salah pun nak pakai seluar sebab seluar yang saya pakai tu bukan ketat pun. Seluar yang saya pakai tu longgar,” katanya yang turut mengamalkan kaedah berpantang cara tradisional.
“Keluarga berpantang cara tradisional, jadi saya pun buat perkara sama. Adalah lalukan sesi bertunku, mengurut, mandi air herba dan sebagainya.
“Jadi kalau ada orang di luar sana yang rasa saya tak berpantang tu, aku berpantang okay. Cuma tak tunjuk je dalam Instagram,” selorohnya.
Sementara itu, Ain turut akui suaminya, Amirul Hafiz turut sama teruja kerana sudah pun bergelar bapa. Malah layanan Hafiz terhadap dirinya juga kian berbeza.
Ain mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan itu pada 13 Disember 2019.
Ikuti temubual penuh bahagian pertama bersamanya di sini;
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Elisya Sandha mengakui membawa watak sebagai seorang atlet profesional bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila harus bergandingan bersama bekas pemain boling negara, Syaidatul Afifah menerusi drama terbaru, Ratu Ten Pin.
Menurut Elisya, segala aspek harus diambil kira bagi membuatkan lakonannya itu nampak lebih nyata dan bersahaja.
Lantaran itu, bintang berusia 22 tahun ini mendedahkan dirinya telah mengambil inisiatif sendiri dengan menjalani latihan bersama jurulatih peribadi bagi memantapkan tekniknya didalam sukan tersebut.
“Cabaran yang saya lalui mungkin untuk mahirkan diri dalam sukan boling. Jika Syaidatul Afifah dia zero dalam bab lakonan, saya pula zero dalam sukan ini.
“Jadi, saya membuat insiatif sendiri dengan mencari personal coach supaya saya tidak nampak kekok.
“Seperti semua tahu, saya harus berlakon bersama bekas pemain boling negara. Jadi untuk saya ‘catch up’ dengan level Syaidatul, saya kena lebihkan latihan.
“Walaupun masa latihan tidak panjang tapi alhamdulillah ketika di set pun Syaidatul banyak beri tunjuk ajar. Saya memang saya tak berhenti berlatih.
“Bila saya dah belajar serba sedikit, barulah saya tahu sukan boling ini amat menyeronokkan,” tulisnya.
Adik kepada pelakon, Fasha Sanda itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Ratu Ten Pin yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Dalam pada itu, Elisha turut memaklumkan antara momen yang tidak dapat dilupakannya adalah ketika kakinya dihempap bola boling sewaktu sesi pengambaran sedang berlangsung.
“Kepayahan saya sewaktu di set adalah ketika saya dah biasakan diri dengan peralatan khas boling, saya terpaksa tukar kepada peralatan biasa kerana dalam drama ini saya bermula sebagai seorang yang baru berjinak dalam sukan ini.
“Jika sebelum ini saya bermain menggunakan kasut khas, tapi bila start shooting saya kena guna kasut dan bola yang digunakan oleh orang ramai di pusat boling.
“Kasut-kasut tersebut kebanyakannya dah kesat. Disebabkan saya tak biasa, ada satu ketika sewaktu saya nak melontar, bola pula terjatuh dan himpap buku lali saya. Biru jadinya.
“Tapi saya bersyukur kerana kecederaan itu tidaklah terlalu serius. Hanya makan masa dua hari untuk pulih sepenuhnya,” jelasnya lagi.
‘Ratu Ten Pin’ bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 28 Jun 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Malah, ia juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Selain Elisya dan Syaidatul, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Nazim Othman, Fifi Azmy, Sheila Rusli dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.