Categories: Uncategorized

Ini Foto Indah Majlis Resepsi Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana, Memori Tercipta!

Share

Pasangan selebriti sama cantik sama padan, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong, pada Ahad.

Momen indah itu telah dikongsi pasangan ini bersama peminat di akaun Instagram masing-masing.

“Majlis resepsi #AdhwArdell Terima kasih,” tulisnya.

Memilih busana rona putih ternyata pasangan ini kelihatan sangat berseri ketika majlis resepsi itu berlangsung.

Di samping itu, peminat turut mendoakan agar mahligai cinta pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, pasangan ini sah bergelar pasangan suami isteri pada 1 September yang lalu.

Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran berupa senaskhah Al-Quran serta mas kahwin RM300.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Amir Naufal Photography

IKLAN