Kecoh di media sosial apabila ramai yang bercakap mengenai teman baru usahawan sensasi, Nursajat.
Tidak hanya foto serta video keakraban keduanya yang diperkatakan, malah secara tak langsung ramai yang cuba mencari siapakah gerangan lelaki kacak terbabit.
Dikenali sebagai Jad Issa sebagaimana akaun yang ‘ditagged’ Sajat di Instagram, lelaki berkenaan difahamkan pernah bergelar finalis Mr.Lebanon 2019 dan dalam pertandingan tersebut, dia telah memenangi kategori Mr.Photogenic.
Malah momen tersebut turut di muat naik menerusi Instagram rasmi pertandingan itu.
Sementara itu, Mohamed Sandakli telah dimahkotakan sebagai Mr.Lebanon terbaru dalam majlis gala yang dilangsungkan penuh meriah di Hotel Riviera, Beirut oleh bintang sensasi, Haifa Wehbe.
Bintang media sosial, Sharifah Rose telah menyunting video buat kekasihnya, Azief Khalid bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-22, hari ini.
Mengabadikan momen indah bersama sepanjang perkenalan, Rose turut menitip ucapan istimewa buat anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.
“Happy birthday soulmate. You’re real, vulnerable, smart and full of joy. I feel safe whenever i’m around you.
“Thank you for choosing me to be part of your growth. I love how i’m falling in love with myself as i’m falling in love with you.
“You deserve all the good things in life,” tulisnya.
Mengucapkan kesyukuran apabila diberi kesempatan naik ke Gua Hiraq, jelas penyanyi Nora Ariffin, dia seringkali berdoa kepada Allah dan kini doanya termakbul apabila berjaya mendaki sehingga ke puncak Gua Hiraq.
Jelasnya, cukup istimewa apabila dia tidak perlu beratur dan menunggu lama, malah dia dapat menunaikan solat sunat tahajud dengan keaadan tenang.
“Yes!!!! Finally. Alhamdulilah syukur pada Allah swt. Setiap kali datang umrah, nora selalu berkata & berdoa. Satu hari nanti, saya nak naik gua hiraq. Allahuakbar.
“Allah maha mendengar doa nora selama ini. Sejarah dlm hidup, Hari jumaat 10 Januari, jam 2 pagi, nora akhirnya berjaya sampai di puncak GUA HIRAQ.
“Lebih istimewa, tanpa perlu beratur ramai & menunggu lama, nora dapat solat tahajud & berdoa dgn cukup tenang,” tulisnya.
Dalam perkongsian ini, penyanyi Hanya Satu ini turut berkongsi cabaran dan memberi kata-kata semangat buat yang bakal ke sini.
“Terasa aura Rasullullah…bila kat sini. Allahuakbar….Sukar digambarkan dgn kata2,” tulisnya.
Penyanyi Hanya Satu ini turut menambah, atas kesukaran tersebut, dia awalnya putus harap, tetapi tetap berusaha sampai ke puncak.
“Mula naik jam 2 pagi, ambik masa 1.30 jam, cuaca yg agak sejuk, berangin, gelap, kena pakai touch light, tangga yg sangat curam dan menakutkan juga, amat memerlukan stamina yg luarbiasa.
“Alhamdulillah…its a teamwork. Semua masing2 memberi semangat & help each other.
“Gigih juga nk sampai….al maklum lah, umur 46, dah lama tak exercise, badan dan lemau & malam agak gelap. Huhuuuuuu… mmg kerja gila jugak.
“Hampir nk give up, sbb tak larat. Namun….Demi ingin menghayati sejarah Rasullullah saw. Nora teruskan juga.
“Hasilnya mmg berbaloi. Speechless. Pengalaman yg paling manis & berharga dalam hidup nora buat selama- lamanya. Kepada yg masih kuat, jom try naik gua Hiraq.
“Semoga ini menjadi inspirasi buat semua. Allahuakbar. Tq @umrah.eco kerana telah menjaga saya & sahabat2 lain. Jom umrah bersama @umrah.eco,” kongsinya panjang lebar.
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...