Berbeza dengan selebriti Malaysia, penyanyi ‘New King of Pop’ Hollywood, Bruno Mars berang di atas pentas kerana terlalu jengkel dan rasa seperti tidak dihormati oleh penonton apabila sibuk berselfie ketika menonton persembahannya.

Menurut sumber, penyanyi tersebut telah memberi hint beberapa kali kepada dua individu di hadapan pentas yang sibuk berselfie untuk berhenti melakukan perkara tersebut.

Ini Dia Kronologi Sebenar Isu Bruno Mars Berang Atas Pentas Kerana Selfie!

Namun kedua-dua yang dikatakan salah seorang selebriti di Jepun itu tidak mengendahkannya isyarat-isyarat Bruno sehingga detik memalukan berlaku.

IKLAN

Bagi Bruno, perbuatannya itu tidak melampau kerana ia merupakan salah satu tindakan yang tidak menghormati dirinya yang sedang membuat persembahan.

Huish garang betul kan? Menakutkan ja! Tapi apa cerita sebenarnya?

IKLAN

Okay ini kronologi detik yang berlaku…

1. Bruno Mars sudah memaklumkan untuk berhenti berselfie.
2. Isyarat pertama dikeluarkan melalui percakapan, namun tidak diendahkan mereka.
3. Bruno memberi isyarat ke-2 melalui gerakan tangan untuk mereka berdua berhenti mengambil gambar tetapi mereka tetap tidak mempedulikannya.
4. Rasa seperti tidak dihormati, Bruno baling tualanya kepada mereka berdua!
5. Tetapi bagi kedua-dua warga jepun ini mereka menganggap itu merupakan satu ‘hadiah’ yang paling bermakna buat mereka dan menganggap Bruno telah memberi satu barangan khas untuk ingatan buat mereka berdua!

 

IKLAN

MH tidak terkejut perkara seperti ini boleh berlaku kerana diluar negara terlalu kerap berselfie memang boleh mendatangkan kemarahan orang. Mereka tidak seperti budaya Asia yang suka bergambar dan apatah lagi berselfie.

Mereka sangat mementingkan privasi dan tidak sesenangnya berselfie dengan orang asing.

Jadi sekirannya korang akan menghadiri ke konsert Konsert 24K Magic World Tour 9 Mei nanti, rakyat Malaysia dapat mengawal diri dan tingkah laku. Jangan jadi seperti ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI