Pasti anda pernah mendengar mengenai dakwaan kematian penyanyi yang berasal dari kanada, Avril Romona Lavigne atau nama komersialnya Avril Lavigne bukan? Namun apa yang bakal kami kongsikan ini hanyalah teori konspirasi berita kematian Arvil. Namun sejauh mana kebenarannya kami sendiri tidak berani menjaminkan apa-apa.

Jom MH kongsikan threat yang menarik ini…

Latar belakang 

Avril dilahirkan di Ontario, Canada pada tahun 1984 dan album pertamanya Let Go yang di lancarkan pada tahun 2002 ketika Avril berumur 18 tahun.

Ini Dia Konspirasi Teori ‘Kematian’ Avril Lavigne Yang Korang Perlu Tahu

Disebabkan albumnya mendapat sambutan yang begitu menggalakan menyebabkan populariti Avril naik mencanak dan tidak dapat ditangani oleh pihak paparazi.

Dikatakan, disebabkan itu Avril terpaksa mengupah seorang wanita bernama Melissa Vandella, yang mirip dengan wajahnya hanya untuk penyamaran menutup identiti sebenar Arvil daripada pihak media terutamanya paparazzi.

Sejak itu hubungan mereka berdua menjadi akrab dan Avril tidak ketinggalan mengajar gadis tersebut untuk menyanyi mengikut caranya.

‘Kejatuhan’ Avril 

Pada tahun 2003, sewaktu Avril sibuk melancarkan album ketiganya. Datuk kesayangannya telah meninggal dunia hingga menyebabkan Avril hilang tempat bergantung lalu menjadi murung.

Namun ada yang dakwa jika perasan, sejak pemergian datuknya. Avril kelihatan agak bersedih hingga menghasilkan beberapa lagu berunsur sentimental. Contohnya Nobody’s Home dan My Happy Ending.

Menurut beberapa sumber, Avril telah membunuh diri disebabkan terlalu sedih dengan cara mengantung diri.

IKLAN

So, kalau korang hidup zaman 2003 dan seterusnya korang akan perasan namanya telah diubah dan semua orang mengenali Avril dengan nama PUNK princess.

Malah sumber menekankan, ada beberapa bukti yang mengesahkan Arvil sekarang yang ada itu sebenarnya hanya clone sahaja…

1. Tulisan tangan Avril yang lama dan baru begitu ketara berbeza.

Ini Dia Konspirasi Teori ‘Kematian’ Avril Lavigne Yang Korang Perlu Tahu

2.Pada video klip yang berjudul Hello Kitty, Avril berpenampilan sangat feminin dengan memakai baju berwarna merah jambu, padahal penampilan yang sebelumnya dia akan selalu berpenampilan gothic. Video tersebut juga mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Ini Dia Konspirasi Teori ‘Kematian’ Avril Lavigne Yang Korang Perlu Tahu

IKLAN

3.Penampilan kulit yang tampak lebih gelap daripada sebelumnya. Adakah Avril mengelapkan Kulit? Em..entahlah

Ini Dia Konspirasi Teori ‘Kematian’ Avril Lavigne Yang Korang Perlu Tahu

4.Penggunan eyeshadow pada bawah matanya yang berbeza dari biasa yang selamanya menjadi ciri khasnya.

Ini Dia Konspirasi Teori ‘Kematian’ Avril Lavigne Yang Korang Perlu Tahu

5.Rahang yang tidak runcing dari sebelumnya.

IKLAN

Ini Dia Konspirasi Teori ‘Kematian’ Avril Lavigne Yang Korang Perlu Tahu

6.Persekitaran pada foto yang dimuat naik di Instagram Avril bukan seperti yang biasa.

Ini Dia Konspirasi Teori ‘Kematian’ Avril Lavigne Yang Korang Perlu Tahu

Adakah benar Avril telah meninggal dunia? Tidak dapat disahkan lagi sehingga kini. Tetapi MH rasa mungkin ini merupakan perubahan biasa yang akan dilalui setiap orang apabila meningkat dewasa.

Atau mungkin memang Arvil memang berniat untuk berubah angin dan hidup cara yang baru. Siapa tahu bukan?

 

 

Sumber : Trivia.id ,   Vice.com

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI