Buat pertama kalinya dalam sejarah, PRU14 akan menyaksikan tampuk pemerintahan akan bertukar tangan .

Bukan itu sahaja, keputusan tersebut juga bakal menyaksikan individu memegang jawatan Perdana Menteri sebanyak 2 kali serta jawatan Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama di Malaysia.

Turut mencipta sejarah adalah ahli Parlimen termuda dalam sejarah negara iaitu berusia 22 tahun.

Wow! Meremang MH baca semua fakta ini. Namun tidak dinafikan sememangnya PRU14 ini banyak mencipta sejarah.

Bagaimanapun, MH tertarik mengenai janji 100 hari oleh Pakatan Harapan sekiranya mereka memerintah negara kelak.

Bagi mereka yang tidak tahu, MH kongsikan 10 janji tersebut.

IKLAN

Ini Dia 10 Janji Harapan Dalam Tempoh 100 Hari

1. Hapuskan GST

2. Subsidi petrol bersasar

3. Hapuskan hutang peneroka Felda

IKLAN

4. KWSP untuk suri rumah

5. Menyamaratakan gaji minimum

6. Menangguhkan bayaran PTPTN, Gaji RM4,000

IKLAN

7. Menyiasat skandal

8.Mengembalikan status Sabah dan Sarawak

9. Skim Peduli Sihat

10.Kaji semula projek mega

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI