Berita

“Ini Bukan Wayang, Kitalah Last One Standing,” – Video Tular Sam Lim & Parisa Ardina Cetus Spekulasi Hari Bahagia!

Share

Spekulasi mengenai hari bahagia personaliti media sosial, Sam Lim bersama model dan pelakon baharu, Parisa Ardina, semakin hangat diperkatakan.

Lebih-lebih lagi apabila sahabat baik Sam, Nicholas Chong, turut berkongsi beberapa video menerusi hantaran di media sosial miliknya, hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, pasangan ini dilihat sama cantik sama padan apabila tampil sedondon mengenakan persalinan tradisional, Baju Melayu dan Baju Kurung rona putih.

Penampilan mereka sekali gus menguatkan lagi tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai status sebenar hubungan di antara mereka berdua.

Penjelasan Ringkas Tapi Bermakna

Dalam satu lagi video berbeza yang dimuat naik, Nicholas turut berseloroh mengenai majlis yang dianjurkan, seolah-olah memberi bayangan bahawa ia bukan sekadar konten semata-mata.

“Ini bukan wayang. Kitalah last one standing. Kami memang betul bernikah. Kami bukan buat marketing.

“Saya sudah kaya dan terkenal, jadi, tak perlukan ‘engagement’. Yang lain itu, mereka tak tahu buat engagement,” kata Sam Lim.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

Setakat ini, video-video sekitar majlis pernikahan berkenaan telah meraih hampir satu juta tontonan, sekali gus terus mencetuskan pelbagai reaksi dan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nicholas Chong & Aizat Saha

Published by
Aizam Manaf