Ads

“Ini Bukan Kali Pertama Dia Bertindak Biadap,” – Permohonan Maaf Tak Cukup, Liza Hanim Mahu Bersemuka Dengan Individu Hina Anak

Selepas membuat laporan polis, penyanyi, Liza Hanim mendedahkan dia sudah menerima permohonan maaf daripada individu yang bertindak biadap meninggalkan komen berunsur hinaan terhadap dirinya dan anak, Marsya Qistina di media sosial.

Bagaimanapun, Liza memaklumkan dia hanya akan menerima permohonan maaf itu sekiranya individu tersebut datang bertemunya secara empat mata.

Kegagalan berbuat sedemikian, penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke mahkamah.

“Ini Bukan Kali Pertama Dia Bertindak Biadap,” – Permohonan Maaf Tak Cukup, Liza Hanim Mahu Bersemuka Dengan Individu Hina Anak

“Ketika ini, saya masih dalam tempoh bertenang. Sewaktu saya buat laporan polis, itu adalah sehari sebelum Ramadan. Kalau ikutkan hati, saya memang marah.

“Pelaku juga sudah membuat permohonan maaf. Namun, syarat yang saya letakkan, dia kena berjumpa dengan saya.

“Pada saya, jika anda berani mengeluarkan kata-kata sedemikian, beranikan diri dan bertemu dengan saya. Dia sudah memohon maaf dan bermakna dia sudah mengakui kesalahannya.

“Kalau dia tidak mahu berjumpa, saya akan bawa isu ini ke mahkamah,” katanya kepada MH.

Ads

Isteri kepada penyanyi, Shah Indigo ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran LOL Entertainment yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu.

Jadikan Pengajaran

Jelas Liza lagi, dia mahu kes melibatkan anaknya ini dijadikan pengajaran dan tidak berulang lagi pada masa hadapan.

“Ini Bukan Kali Pertama Dia Bertindak Biadap,” – Permohonan Maaf Tak Cukup, Liza Hanim Mahu Bersemuka Dengan Individu Hina Anak

“Pihak polis juga mencadangkan saya untuk meneruskan proses saman kerana kata-kata individu itu sangat kurang ajar. Ini bukanlah kes pertama saya.

“Sebelum ini, Marsya pernah berhadapan situasi sama tapi kita abaikan sahaja. Malah, ini bukan kali pertama individu sama bertindak biadap dengan saya.

Ads

“Kebetulan emosi Marsya ketika itu memang terganggu sebab kehilangan rakan baik. Sebagai ibu, saya tak boleh biarkan anak saya disakiti.

“Saya juga mahu menjadi wakil kepada para artis dan pengguna media sosial bahawa ada akta yang melindungi kita dalam kes seperti ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, Liza akui tidak bersetuju dengan pandangan segelintir pihak yang seakan menormalisasikan tindakan buli siber seperti ini.

“Ini Bukan Kali Pertama Dia Bertindak Biadap,” – Permohonan Maaf Tak Cukup, Liza Hanim Mahu Bersemuka Dengan Individu Hina Anak

Ads

“Saya ada terbaca komen, kalau tak mahu anak berhadapan situasi sebegitu, jangan bawa dia masuk ke industri seni.

“Kami sebenarnya sudah bersedia untuk situasi seperti ini. Marsya juga sudah tahu selok belok dunia seni. Dia tahu apa yang saya lalui. Mungkin individu itu bukan seorang ibu. Dia tak sedar kata-katanya melampau.

“Ruangan kemaafan itu masih ada. Pada saya, maaf memaafkan itu lebih baik. Kita belajar daripada kesilapan. Namun, nampak gayanya individu itu seperti tidak belajar sesuatu,” katanya lagi.

Terdahulu, Liza tampil membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang didakwa meninggalkan komen biadap terhadap dirinya dan anak.

Sebelum ini, nama Marsya menjadi perhatian selepas ada pihak yang mempersoalkan dirinya kurang popular berbanding finalis program, Talk To My Manager (TTMM) yang lain meskipun bergelar juara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Orang Kata Mudahnya Artis Bercerai, Macam Pilih Baju Tapi…,” – Zulin...

Pelakon dan pelawak, Zulin Aziz kekal dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi dan mengulas lanjut mengenai punca perceraiannya bersama bekas suami, Farhan Norzaini.
error: Hello. Cannot.