Uncategorized

Ingatkan Netizen Akan Bising Bila Lihat Syeriv Samheizy ‘Tergantung’ Tapi…

Share

Alahai, comel betul anak pasangan Shaheizy Sam dengan Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy ni.

Terbaru, Syatilla ada muat naik foto Syeriv atau lebih mesra dipanggil Mat Yip sedang tergantung di atas palang.

“Hahaha, adoy, ibu gelak pecah perut. Punya kuat hang ni Matyip.

“Dok seronok nak buat lagi dengan pampers terkeluar,” tulisnya.

Pada mulanya, MH ingatkan akan ada netizen makcik bawang bakal mengecam foto tersebut.

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kebolehan Matyip bertahan lama dia atas palang tersebut.

MH difahamkan bahawa bagus sebenarnya buat ‘exercise’ itu untuk bayi kerana ia akan menguatkan otot mereka.

Akan tetapi, sejauh mana kesahihannya itu, kita kena dapatkan pandangan pakar.

Apa-apapun, syabas Matyip! Suka betul dapat bergayut tu.

Foto: Instagram Syatilla & Syeriv

IKLAN