
Pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi pesanan yang pernah disampaikan bapanya mengenai amalan ‘tabung subuh’.
Kongsi Saharul, selain melakukan alaman tersebut, dia turut diberi pesan agar bersedekah setiap hujung minggu pada insan yang memerlukan sebagai usaha menambahkan rezeki.
“Tabung Subuh Abah pesan “buatlah tabung subuh”, setiap kali habis subuh masukkan dalam tabung, hujung minggu sedekahkan duit tu pada fakir atau anak yatim.
“Istiqamah sampai bila2, InShaaAllah, Allah gandakan rezeki kita. Siapa dah ada Tabung Subuh? Ada perubahan pada rezeki korang?
“Share lah dekat comment Selamat pagi kawan kawan!,” tulis Saharul.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon Jangan Benci Cintaku ini menerusi satu hantaran di Instagram.

Lalu, perkongsian yang dibuatnya turut disambut baik peminat dan rata-ratanya memberi reaksi positif.

Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 tahun dan Fateema Azzahra, 8 bulan.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!



![[VIDEO] “Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya,” - Shuib Bantu Jual Nasi Lemak, Siti Sarah Jelaskan 4 Sikap Sebenar Suami Yang Ramai Orang Tak Tahu 22 [VIDEO] “Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya,” - Shuib Bantu Jual Nasi Lemak, Siti Sarah Jelaskan 4 Sikap Sebenar Suami Yang Ramai Orang Tak Tahu](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/02/D5FA3C0B-4746-40FD-A904-2FA055AF172C.jpeg)
