Categories: Uncategorized

“Ingat Kitorang Bodoh Kot Tak Boleh Bezakan?”- Nabil Mahir Bengang Layanan Hampeh Restoran?

Share

Siapa tidak naik angin sekiranya makanan yang dihidangkan jauh berbeza dengan makanan yang dipesan. Itulah yang berlaku kepada pengacara, Nabil Mahir yang berang dengan layanan di salah sebuah restoren.

Menerusi instagram, Nabil memuat naik video, memaklumkan dia memesan nasi goreng ‘lobster’ tetapi yang sampai hanyalah nasi goreng udang seekor

Pergi restoran konon-konon mahal kat Hotel @sofitelkualalumpurdamansara .

Dalam set menu kata Nasi goreng lobster, tapi bila sampai, dapat udang je. Dorang ni ingat kitorang bodoh kot takle bezakan.

Bila tanya kenapa, dorang kata, “Ohh harga lobster da naik, jadi harga lain.” Habis tu KENAPA tak tukar kat menu?? Sebusuk-busuk pun, bagitau la bila time nak order.

Family semua da excited for it.
Letak harga mahal bagai tapi PENIPU!! #scam #liar #sofitelhotel #sofitel

Pada masa sama, neizen turut bersetuju dengan tindakan pengacara berkenaan.

Foto/ Video: Instagram Nabil Mahir & carian google

IKLAN