Pempengaruh media sosial, Nur Amalina Jasmin mengakui dia pernah berdepan masalah jerawat yang sangat serius dan kulit muka breakout sekali gus menyebabkan keyakinannya berkurangan.
Nur Amalina mula dikenali di media sosial apabila salah satu videonya yang menggayakan busana sebuah jenama menjadi viral di TikTok.
Tingkat Keyakinan Diri
“Saya antara pempengaruh yang mempromosikan pelbagai jenama dalam bidang fesyen dan kecantikan. Video pertama saya, saya pernah kena body shaming.
“Orang cakap saya terlalu konfiden walaupun badan besar. Daripada kritikan yang saya dapat, saya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk terus yakin dan beri inspirasi kepada orang.
“Kalau tanya saya sedih ataupun tidak? Semestinya sedih pada awalnya. Namun, saya kena hadap sebab ini pilihan saya untuk tonjolkan diri kepada khalayak umum.
“Konten ‘fyp’ kita tak boleh jangka. Saya perlu jalani kehidupan seperti biasa,” katanya yang turut mengakui akan kepentingan penjagaan kulit wajah demi keyakinan diri.
“Saya percaya, bila seseorang itu sedang berhadapan dengan masalah kulit, ia boleh membuatkan diri rasa stres. Misalnya bila wajah ‘breakout’ saya tak boleh mengenakan solekan.
“Mujur saya buat konten fesyen juga. Kalau ada hari muka saya seperti tak berapa baik, saya akan berhenti buat review produk kecantikan. Saya fokus buat konten fesyen dahulu,” katanya lagi.
Ads
Dia pada masa sama tidak kisah berbelanja lebih untuk membeli produk penjagaan kulit.
“Produk untuk menjaga kulit muka selalunya tahan lama. Saya akan berhabis dalam RM200 hingga RM300 sebulan. Kita semua kena jaga penampilan dan perlu tunjuk keyakinan diri.
“Semua orang boleh cantik dan perlu berusaha menjadi cantik,” katanya yang turut menjelaskan keluarga menjadi sumber kekuatannya terhadap apa yang dilakukan ketika ini.
Amalina yang ditemui selepas majlis ‘Pastels Community Get-Together’ di Cyberjaya, baru-baru ini.
Ads
Keperluan Penjagaan Kulit
Sementara itu, pengasas The Pastels Shop, Sarini Zainal berkata, acara berkenaan diadakan sebagai meraikan pencapaian terbesar pertumbuhan jenama itu.
Selain itu, pihaknya optimis di dalam memperkasakan pengguna melalui pendidikan dan ketelusan dalam penjagaan kulit terutamanya dalam mengetengahkan dua produk terbaik jenama mereka iaitu Invisible Sunscreen dan Bakuchiol Solution.
Invisible Sunscreen, produk yang diformulasi dengan bahan berasaskan air dan mesra wuduk misalnya, sukses meraih populariti luar biasa dan viral di TikTok dengan lebih250,000 ribu unit jualan.
Kejayaan ini mencerminkan pemahaman The Pastels Shop terhadap keperluan penjagaan kulit pengguna Malaysia.
Ads
“Selama bertahun-tahun, ramai di antara kita yang menggunakan produk penjagaan kulit yang direka untuk iklim luar negara sehingga mendapati ia terlalu berminyak, mengeringkan atau terlalu berbau.
“Jadi seebagai jenama tempatan, kami menangani cabaran ini dengan menghasilkan produk yang disesuaikan dengan iklim dan cita rasa pengguna dengan harga mampu milik bermula dari RM8.90 hingga RM89,” katanya.
Sebagai graduan kejuruteraan kimia dan biologi dari Korea University, Sarini bertekad untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai jenama penjagaan kulit tempatan.
“Kami membina kepercayaan dan keyakinan terhadap keselamatan serta kualiti formulasi kami dan Pastels Community adalah platform media sosial yang menjadi medium saya berkongsi tips kecantikan dan nasihat penjagaan kulit.
“Saya berharap Pastels Community yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan ini menjadi pempengaruh dalam menyebarkan ilmu kecantikan dan produk yang selamat kepada masyarakat,” katanya.
Dia pada masa sama turut bercadang menubuhkan The Pastels Shop selain mempelbagaikan aktiviti Pastels Community seperti percubaan produk baharu, lawatan kilang dan makmal serta melibatkan komuniti luar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.
Berita kematian pelakon itu dikhabarkan menerusi satu hantaran Instagram rumah produksi Miles Film yang menerbitkan filem ikonik tersebut.
“Kami turut berdukacita atas pemergian Febriansyah (Borek, Laskar Pelangi. Semoga almarhum diberikan tempat terbiak disisi-Nya dan seluruh keluarga diberikan kekuatan.
“Selamat jalan Rek, kami akan selalu mengenangmu,” kongsi kenyataan tersebut.
Febriansyah bermula sebagai pelakon bermula dengan filem filem Laskar Pelangi dan kemudian dia tidak meneruskan kerjaya dalam dunia lakonan.
Walaupun masanya singkat sebagai anak seni, karakter Borek dalam filem tersebut membekas di hati penonton.
Febriansyah merupakan anak jati Belitung yang merupakan Lokasi penggambaran Laskar Pelangi. Dia dilahirkan di Tanjungpandan pada 5 Februari 1995.
Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, Febriansyah melanjutkan pelajaran ke Universiti Gunadarma di Depok, Jawa Barat.
Sedikit info mengenai filem Laskar Pelangi, filem tersebut disiarkan pada tahun 2008 dan diarahkan oleh Riza Riri. Kisah dalam filem ini diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama hasil tulisan Andrea Hirata.
Laskar Pelangi dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik 2009 dan Filem Terfavorit di Indonesia Movie Awards 2009
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Ruhainies reda dengan segala dugaan yang menimpa dirinya sepanjang tahun 2024 ini.
Menurut Ruhainies, dia menganggap setiap ujian yang berlaku ini sebagai satu pengajaran yang akan mematangkan dirinya sebagai seorang manusia.
“Ya, tahun ini penuh dengan dugaan. Namun, saya tak boleh nak kata dugaan saya itu berat. Orang lain lalui dugaan lebih berat berbanding saya.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan pada tahun ini. Bila kita diduga, itu bermakna Allah sayang.
“Saya juga banyak belajar perkara baharu pada tahun 2024. In sha Allah, pada tahun ke depannya, saya akan lebih berhati-hati,” katanya kepada MH.
Terpalit kes tangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini tetap percaya kebenaran akan pasti terbukti satu hari nanti.
“Nak kata kalis kecaman, saya juga manusia biasa. Namun, saya tak boleh terlalu ambil hati. Setiap orang ada pandangan masing-masing dan mereka juga tak tahu perkara sebenar sampai sekarang.
“Namun, saya di sini bukanlah nak memanjangkan isu lagi. Saya rasa hal ini sudah basi. Kita nak mulakan hidup baharu. Buat apa lagi nak ungkit cerita-cerita lepas.
“Yang lepas biarlah berlalu. Pada masa hadapan, kebenaran akan menang,” ujarnya lagi.
Meskipun kontroversi ini memberi impak yang sangat besar buat dirinya, Ruhainies memaklumkan dia enggan lagi berdendam dan mahu berdamai dengan takdir.
“Nak melupakan memang mustahil. Perkara yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang kecil. Kita letak tepi soal konspirasi. Biar orang yang berkaitan dan Allah sahaja tahu.
“Saya tak boleh nak bercakap lebih. Saya hanya mahu positif. Saya tak mahu berdendam. Perkara itu hanya akan menyekat rezeki kita.
“Saya hanya mahu bahagia dan fokus pada diri sendiri. Sejak dahulu lagi saya memang begini. Saya tak pernah ganggu orang. Mungkin saya kena berhati-hati dengan penyakit ain,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya bila namanya dilabel sebagai artis paling kontroversi pada tahun 2024, ini reaksi Ruhainies;
“Sudah tentu saya tidak gembira. Sepanjang 10 tahun terakhir dalam industri, saya sangat menjaga reputasi. Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan.
“Saya tak boleh nak harapkan hidup ini penuh pelangi sahaja. Pasti ada badai yang harus kita lalui,” akhirinya.
Terdahulu, prosiding kes khalwat diantara Ruhainies dan Aliff akan bersambung pada 20 dan 27 Febuari 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Melalui entri tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata itu dilihat berkongsi beberapa foto kandidnya sambil memperlihatkan ‘baby bump’.
“Budak kecil ni buat apa dalam perut? Taekwondo ke, kpop dance ke. Did baby kicks originally hurt this much?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan turut menerima perhatian daripada para pengikutnya sekali gus sarat dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik dapat dibaca menerusi ruang komen.
Sekadar informasi, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...