Uncategorized

Individu Sebar Gambar Anak Tok Ti Deactive Akaun

Share

Aduh, kasihan ada marah pun ada. Perasaan bercampur baur bila bercerita tentang penyebaran gambar anak Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa.

Sejak seorang individu ini muat naik dan berkongsi rasa teruja dengan memasukkan gambar-gambar terkini keadaan Siti serta gambar wajah anaknya, ramai netizen mula tertanya-tanya sehingga mendapat perhatian media tempatan.

Walaupun sudah dimaklumkan pihak Siti meminta di beri ruang dan masa untuk fokus kepada kesihatan dan bayi Siti, namun ramai terlalu teruja dek gambar yang tersebar.

Bagaimanapun, keadaan tersebut telah membuatkan ramai netizen berang kerana dikatakan tidak menghormati permintaan Siti.

Melalui ruangan kapsyen, MH difahamkan individu ini telah berkongsi gambar daripada seorang individu lain.

Mungkin tertekan dan rasa sebersalah, individu yang dipercayai menjadi orang pertama menyiarkan gambar permata hati penyanyi nombor satu Malaysia ini telah deactive akaunnya.

Aduh tak tahu nak kata apa, mungkin terlalu teruja untuk berkongsi jadi dia sendiri terlepas perhatian tentang perkongsiannya.

 

IKLAN