Dilahirkan pada 17 Julai lalu di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor, putera kedua Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberi nama Tunku Abu Bakar Ibrahim.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi kenyataannya menyebut, pihak istana suka cita mengumumkan nama itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ads
“Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Takzim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor seperti berikut, Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Pasangan diraja ini disatukan bersama Che Puan Khaleeda pada 2014 dan mempunyai puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang lahir pada Jun tahun 2016 dan putera pertama yang juga pewaris takhta Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada Oktober 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, mengesahkan drama rantaian popular, Nur, bakal diangkat ke layar perak, tahun hadapan.
Katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian, filem yang diangkat dari drama rantaian popular itu akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios.
“Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.
“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya seperti yang dipetik.
Filem tersebut dijangka bakal menjalani penggambaran Mac tahun depan memandangkan salah seorang pelakon utamanya, Amyra Rosli yang baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan anak kedua.
Berkongsi mengenai perjalanan cerita dalam versi filem pula, pengarah terbabit akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan Nur musim kedua.
“Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.
“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” jelasnya lagi yang turut memberikan aspek skor muzik untuk filem teesebut kepada Amylea Azizan dan Farouk Roman.
Menerusi kerjasama sama sebelum ini, mereka pernah menghasilkan beberapa lagu popular seperti Tak Pernah Hilang, Pudar, Tetap Kamu dan Bimbang.
Foto muka depan Abby Abadi dan Marissa Dania untuk sebuah majalah telah menimbulkan prasangka segelintir netizen dengan mendakwa wanita ini berat sebelah dalam melayan anak-anaknya.
Malah tuduhan netizen mengatakan Maria Danisha atau lebih mesra dipanggil Baby tidak cantik telah menimbulkan rasa tak puas hati si ibu.
Ulas Abby, Baby tiada bersama untuk sesi fotografi disebabkan atas kemahuan kanak-kanal berusia 11 tahun itu sendiri.
“Ada org cari gaduh la.
“Dia kata baby besar kita @mariadanisha_ tak cantik. Dia kata kita lebihkan @marissadaniaaaaa_ je.. sesedap rasa je berkata2.
“Dania tu dah 14, Baby baru 11. Adalah perbezaan dari segi membawa diri. Berbanding Dania, Baby tu mmg bila bergambar ikut mood, kadang taknak langsung, lari, menyorok.
“Biasa la tu. Takkan nk paksa? Buat cerita merepek tu, bila nk minta maaf? (Tengok kt IG @mingguanwanita Cover kita dgn Dania),” tulisnya.
Pada masa sama, bintang Gerak Khas 2019 tu juga menulis, anak adalah anugerah Allah.
“Anak2 ni anugerah ALLAH. Cantik2 belaka di mata Sy. Yg kata tak cantik tu, dia yg tak cantik sebenarnya. Hati berkarat ek sampai timbulkan benda2 yg takde? Baby takde dekat cover tu sbb dia yg taknak.
“Yang memandai2 meraban baby takde sbb Sy lebihkan Dania tu kenapa?
“Cuba tanya kat anak2 Sy sendiri siapa yg Sy lebihkan antara mereka. Takde. Tak pernahhhh!!. Waima anak tiri, anak angkat, anak orgpun semua sy layan sama rata. Semua sayang kerana ALLAH.. so.. takyahlah buat dosa kering ye.
“Dah la IG pun mcm baru buat, kalau lawa sangat pkailah gmbr sendiri..
Malah Memey turut menjawab kritikan yang dilemparkan dan menyatakan Baby sememangnya tidak suka bergambar.
Malah, Abby turut membidas kata-kata tuduhan yang dilemparkan.
Turut kesal dengan mulut lancang yang memberi komen, netizen memberi reaksi.
Terdahulu komen netizen mendakwa Abby melebihkan Marissa dilihat berlegar di ruang Instagram Mingguan Wanita apabila foto muka depan dua beranak ini dikongsikan.
Mengapa perlu dibanding dan dibeza-bezakan? Setiap makhluk dilahirkan cantik sempurna belaka.
Foto : Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir sekali lagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.
Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi antara...