Penyanyi Ina Naim menzahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan Astro kepada anaknya, Ehmad Hadie, untuk menyertai program realiti baharu, Talk To My Manager.
Menurut Ina, ini merupakan detik terbaik untuk Hadie memulakan perjalanan sebagai penyanyi muda.
“Pertama sekali, saya rasa sangat bersyukur kerana pihak Astro memberikan peluang ini kepada anak kami. Hadie hanya anak biasa sahaja.
“Mungkin yang menggerakkan hati mereka untuk memilih Hadie adalah Allah SWT. Saya anggap peluang ini sebagai sesuatu yang baik buat Hadie.
“Lagipun Hadie merupakan pelajar ‘home schooling’ sepenuh masa. Jadi, saya mahu memberikannya pendedahan tentang dunia luar di program ini,” katanya kepada MH.
Ina berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Talk To My Manager yang berlangsung di Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam pada itu, Ina turut berkongsi, arwah suaminya, penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad, pernah menerima tawaran serupa daripada pihak Astro, namun terpaksa menolaknya kerana beberapa kekangan.
Ads
“Saya mahu Hadie mengambil semangat arwah bapanya. Sebelum ini, arwah Suhaimi pernah menerima tawaran seperti ini daripada pihak Astro.
“Namun, disebabkan masalah kesihatan dan kami tinggal jauh, arwah terpaksa tolak. Kini, Allah datangkan anak pula untuk meneruskan harapan itu. Jadi, kita terima peluang itu.
“Mungkin bila menyanyi di pentas ini nanti, Hadi akan ingat ayahnya juga pernah terima peluang seperti ini. Jadi, saya minta dia buat yang terbaik,” ujarnya.
“Hanya Mahu Harumkan Nama Ibu Ayah” – Hadie
Mengikut jejak langkah arwah bapanya, Hadie mengakui sudah mula menyanyi sejak usia lima tahun dan telah merakamkan album bersama arwah Suhaimi.
Ads
“Saya mula menyanyi sejak umur lima tahun. Arwah ayah memang selalu bawa saya pergi ke jemputan persembahan. Dari situ, saya dapat melihat sedikit sebanyak cara ayah saya menyanyi.
“Saya juga selalu menyanyikan lagu arwah ayah. Jadi, arwah nampak saya ada bakat dalam dunia nyanyian. Ayah juga pernah buatkan album untuk saya.
“Kini, saya hanya mahu harumkan nama ibu dan ayah dan meneruskan perjuangan beliau,” katanya.
Dalam masa sama, Ina turut menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan cabaran dan kecaman apabila program tersebut mula bersiaran kelak.
Ads
“Itulah hikmah yang kami terima sepanjang mengadakan sesi siaran langsung di Tik Tok. Segala kecaman dan hinaan, kami sudah boleh hadap. Itu yang Allah bagi sejak mula lagi.
“Mungkin apa yang akan berlaku di tv nanti, biasa sahaja buat kami. Insha-Allah segalanya boleh dikawal berbanding dengan komen-komen di media sosial. Kami tetap kena kental,” akhirinya.
Selain Hadie, Talk To My Manager turut menampilkan anak-anak selebriti lain seperti Thalita (Shuib), Auddra (Sharifah Shahirah), Ammar (Ameng), Marsya (Liza Hanim), Amad (Siti Saerah), Athalia (Sharifah Zarina) dan Ara Aziz (Aziz M. Osman).
Dalam format program ini, ibu atau bapa masing-masing akan bertindak sebagai pengurus kepada anak-anak mereka sepanjang pertandingan berlangsung.
Talk To My Manager akan dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk Aznil Hj. Nawawi, manakala Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah Ibrahim pula menggalas peranan sebagai juri tetap.
Program ini akan mula bersiaran pada setiap Ahad, bermula 24 Ogos ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria, dan turut boleh distrim melalui Astro Go serta sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Apabila YouTuber dan jurusolek sensasi dunia, James Charles, beri rating 3/10 untuk NIMS Crispy Choco Tub, ramai ingat pengasas NIMS akan ‘sentap’ dan makan hati.
Ternyata andaian tersebut tidak tepat apabilapengasas jenama berkenaan, Tengku Norhanim Tengku Othman atau Hanim, membalas ulasan yang diberikan dengan cara paling berhemah.
“Tak semua tekak sama. Biasalah kalau ada yang tak suka. Tapi ramai rakyat Malaysia bagi rating 10/10 untuk NIMS. Kita sudah tembus pasaran 18 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS).
“Saya percaya kepada ‘Bad Marketing, Big Impact’.Jadi saya okey saja dan tak ambik hati dengan ulasan dia,” kata Hanim.
Hanim menambah, dia tetap bersyukur sebab dapat produk miliknya mendapat publisiti percuma daripada pempengaruh bertaraf global itu.
Malah, Hanim turut merancang nak hantar satu set kombo khas untuk James dan ajak berkolaborasi dengannya.
“Kalau dia terkenal dengan gambaran bersifat ‘fruity’, kami pula penuh warna-warni! Mana tahu James boleh reka kombo ikut citarasa dia.
“Packaging pun biar dia boleh pilih dan tentukan. Mana tahu boleh wujud kolaborasi NIMS X James Charles,”katanya.
Hanim memaklumkan yang pihaknya memang tidak tersinggung dan cukup terbuka menerima ulasan dilakukan James.
“Bukan mudah kita nak pelawa atau minta selebtiti mahupun individu terkenal mencuba produk ini. Jadi sebab itu, dari kerendahan hati yang dalam… Kami amat berterima kasih dan berbesar hati dengan ‘publisiti percuma’ diberikannya.
“Terima kasih untuk kesempatan dan masa yang amat indah buat kami. Tambah pula, kita tahu dia sangat energetik , penuh jenaka dan paling penting jujur dalam memberikan komen.
“Walaupun boleh makan hati dengan komen jujurnya, tapi itu sama sekali tidak pernah mematahkan semangat kami.
“Malah, kami lebih memikirkan dari sudut lebih luas untuk melakukan sesuatu yang berbeza dengannya,” katanya lagi.
Terdahulu, James memuat naik video ulasan pelbagai snek, makanan dan manisan termasuk produk NIMS Crispy Choco Tub di saluran YouTube miliknya pada 2 Ogos lalu.
Ketika artikel ini ditulis, video berjudul Mencuba Makanan Snek Viral dari Kedai TikTok mendapat lebih 22,000 tanda suka dengan tontonan melebihi 700,000.
Untuk rekod, jenama produk tersebut bukan calang-calang keranapernah mendapat pengiktirafan hebat. Selain pernah diangkat sebagai Nona Best Crispy ChocoTub Award dalam Nona Superwoman Award 2022, jenama itu cemerlang di pengiktirafan lain.
Antaranya The Best Brandlaureate, Top 500 Trusty Brand Award (Majlis Tindakan Pengguna), AWEN AWARD (Asean Women Enterpreneur Network), IKSNITA Award (Women Young Enterpreneur), Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) serta The 100 Top Young CEO.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Veena Praveenar Singh, 29, akhirnya berjaya mencapai impian selepas dinobat sebagai Miss Universe Thailand 2025 dalam pertandingan penuh meriah di MGI Hall, Bangkok malam tadi.
Finalis yang mewakili Saraburi itu menewaskan 76 peserta lain untuk merebut mahkota idaman dan akan mewakili Thailand ke pentas Miss Universe 2025 yang bakal berlangsung di Bangkok pada 21 November depan.
Kemenangan Veena dianggap istimewa kerana ini adalah percubaannya yang keempat sejak menyertai pertandingan itu sekitar tujuh tahun lalu
Sebelum ini beliau menduduki tempat ketiga pada 2018, naib juara pada 2020 dan sekali lagi tempat ketiga pada 2023. Ketekunan serta konsistensi akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan kali ini.
Selain dinobatkan sebagai juara, Veena turut menerima beberapa anugerah khas termasuk “Miss Vietjet Fly Green”, “Queen of Fresh & Soft” dan “Best Seller”.
Tempat kedua disandang oleh Praewwanich Ruangthong yang mewakili Krung Thep Maha Nakon, manakala tempat ketiga dimiliki oleh Naruemol Phimphakdee yang mewakili Phuket.
Pertandingan edisi ke-26 ini menampilkan 77 peserta dari seluruh wilayah Thailand, dengan ramai di antara mereka membawa latar belakang akademik, seni dan sosial yang pelbagai.
Kemenangan Veena menambahkan keyakinan peminat ratu cantik bahawa Thailand mempunyai wakil yang berkaliber di Miss Universe 2025. Pemerhati menjangkakan beliau mampu menjadi pencabar utama di pentas dunia itu kelak.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lama menyepi daripada radar industri seni tanah air, penyanyi Amir Hasan akhirnya mendedahkan dia sebenarnya berdepan dengan beberapa masalah kesihatan sejak setahun lalu.
Menurut Amir, berat badannya juga turun secara mendadak berpunca daripada masalah gerd dan gastrik yang teruk.
“Saya mengalami gerd dan gastrik yang agak teruk sejak tahun lepas. Saya kini sudah kurang makan.
“Jika sepinggan makanan, saya hanya makan 30 peratus sahaja. Saya tak boleh makan berlebihan.
“Saya akan mula makan pada waktu Subuh. Jika orang lain ada waktu makan yang tetap seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam, saya pula perlu bahagikan waktunya ikut keperluan badan
“Saya makan sikit tapi dalam kadar yang kerap,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Gadis Yang Ku Tunggu itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran Restoran Pizzaiolo di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain itu, Amir turut memaklumkan, kadar oksigen dalam badannya pernah menurun secara drastik akibat gaya hidup tidak sihat.
“Perkara yang paling merisaukan saya adalah tahap oksigen di dalam badan. Saya selalu stress ketika bekerja ditambah pula kuat merokok dan vape. Saya juga ada penyakit asma.
“Saya terpaksa ditahan di hospital kerana kadar oksigen di dalam badan hanya ada 31 peratus.
“Selepas dipantau, saya perlu ambil steriod untuk kuatkan paru-paru.
“Alhamdulillah, keadaan saya sekarang belum pulih sepenuhnya tapi tahap oksigen sudah meningkat ke 60 peratus. Saya tak boleh terlalu kuat bekerja dan stress,” ujarnya lagi.
Jelas Amir lagi, situasi tersebut membuatkan dia terpaksa berehat seketika daripada dunia nyanyian buat sementara waktu.
“Ini juga antara sebab saya sudah lama tidak menyanyi. Saya tak boleh nak buat persembahan disebabkan masalah pernafasan. Saya akan mudah pengsan dan cepat penat.
“Jika alat asma tu pun saya perlu guna yang warna coklat kerana ada steroid. Saya masih minat menyanyi tapi kini dalam proses pemulihan.
“Saya agak sedih sebenarnya kerana menyanyi adalah minat saya tapi saya masih boleh menulis lagu,” kongsinya lagi.
Selain menguruskan bahagian pemasaran Restoran Pizzaiolo, Amir kini sibuk mengembangkan bisnes produk prebiotik.
Untuk makluman, Restoran Pizzaiolo dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 3 pagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Amir Hasan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.