Categories: Uncategorized

Impak Drama Jangan Benci Cintaku Sampai Datuk Aznil Nawawi Pun Emosi!

Share

Impak sungguh hebat yang diraih drama Jangan Benci Cintaku yang dibarisi Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun.

Lebih manis, drama yang mengisi slot Akasia di TV3 itu sering kali trending di media sosial sejak ditayangkan 29 Jun lalu.

Kisahnya, ramai yang emosi saat menonton drama itu termasuklah, pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi yang memuat naik entri di Instagramnya.

“Apa masalah kau? Dia dah kahwin lah! Cari orang lain boleh tak? Laki orang juga yang kau kejar. Lepas tu pura-pura jadi suci dan beli hati nenek dia! H***g.

“Bila tengok kau jantan tapi tak reti berkeras, rasa buang jelah a*u kau tu. Bini nak, skandal nak! Dengan nenek pun kau kalah!” tulisnya.

Wow! Marah betul ya Pak Nil…itu kan hanya drama sahaja. Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan entri Pak nil itu.

Pada MH, mungkin jalan ceritanya seiring lakonan mantap para pelakon membuatkan ramai yang terbawa-bawa hingga ke luar. Tahniah buat seluruh warga kerjanya!

Foto: Instagram Datuk Aznil Nawawi

IKLAN