Categories: Uncategorized

Imej Baru Zizan Razak

Share

Pelakon dan pengacara Zizan Razak kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.

Menerusi gambar yang dimuat naik pelakon filem Polis Evo itu di laman Instagram miliknya, @zizanrazak869, Zizan memuat naik foto yang menampilkan imej terbarunya yang botak.

Semenjak terlibat dalam industri seni bermula tahun 2007, Zizan tidak pernah tampil dengan imej botak dan itu menyebabkan peminat terkejut dengan penampilan barunya.

Rata-rata peminat memberi pendapat masing-masing dengan penampilan terbaru Zizan.Ada yang bergurau dengan Zizan dengan menyamakan penampilan Zizan dengan satu watak dalam filem Sivaji The Boss.

Ada juga peminat yang berseloroh dengan menyamakan imej Zizan persis penyanyi terkenal antarabangsa, Pitbull dan ada juga menyamakan zizan dengan The Rock.

Peminat juga meninggalkan komen di laman Instagram Zizan mendoakan agar jejaka itu dipermudahkan urusannya semasa mengerjakan ibadah di sana.

Zizan juga turut berseloroh dengan memuat naik keratan akhbar mengenai Maya Karin buka hati untuk jejaka melayu botak yang kononnya dikaitkan dengannya dan mendapat komen yang positif daripada peminat.

 

Kali terakhir Zizan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah adalah pada bulan Jun tahun lalu.

Kami mendoakan semoga urusan Zizan di sana dipemudahkan dan mendapat umrah yang mabrur, Insya-ALLAH.

 

Sumber : Instagram zizanrazak869

 

IKLAN