Perkongsian video terkini penyanyi Iman Troye di platform TikTok malam tadi menjadi sorotan warganet.
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Iman memaklumkan dia ke balai polis selepas difahamkan usahawan, Datuk Aliff Syukri telah menghubungi pihak pengurusannya untuk tindakan saman terhadapnya.
Ulas Isu Yang Berlaku
Antara lain, di dalam video sama, penyanyi lagu Nang itu ada memberikan penjelasan mengenai hal yang berlaku, selain turut berkongsi tangkapan skrin mesej WhatsApp yang dihantar oleh Aliff kepadanya.
Ads
“Kalau betul Datuk nak saman saya, saya boleh call lawyer saya. Datuk call lawyer Datuk, tak ada masalah.
“Kalau betul Datuk nak saman saya, macam ini pengakhirannya, its okay see you in court,” katanya.
Ads
Setakat ini, video berkenaan telah meraih hampir satu juta tontonan di TikTok dan menerima ratusan komen daripada warganet dengan pelbagai reaksi.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi Shila Amzah mengakui ada alasan tersendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’, sebelum ini.
Menurut Shila, atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, gelaran tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dipikul kerana ia hadir bersama tanggungjawab yang besar.
“Sejujurnya secara peribadi, penghargaan yang kalian tunjukkan kepada saya sudah sangat mencukupi. Sokongan anda sangat menginspirasikan dan sentiasa mendorong saya berbanding jika saya ada gelaran.
“Gelaran ini bukan sesuatu yang mudah untuk digalas. Saya tak boleh nak bawa kerana saya bukan seorang yang sosialit. Saya seorang yang ‘awkward’.
“Kalau saya bukan Shila Amzah, saya lebih suka menyendiri. Bila kita ada gelaran, kita kena ada cara untuk membawa diri. Malah, saya juga kini sudah tidak terlalu fokus dengan ‘branding’ saya seperti mana ketika muda.
“Bila atas pentas, saya boleh jadi Shila Amzah, bila di luar, saya boleh santai dan jadi diri sendiri,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Malam Gala dan Sesi Bertemu Peminat Gegar Vaganza (GV) yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu gelaran tersebut memberikan tekanan buat anak-anaknya untuk membesar dengan bebas.
“Saya juga berfikir panjang. Sebagai contoh, kalau saya nak hantar anak-anak ke sekolah kebangsaan, nanti orang persoalkan pula. Kenapa pangkat Datuk tapi hantar anak ke sekolah biasa? Memang ada orang macam tu.
“Saya juga tak nak anak-anak saya diberatkan dengan gelaran saya. Cukuplah saya membawa nama bapa dahulu sebagai artis. Saya tidak mahu kehidupan seperti itu buat anak-anak saya.
“Saya nak mereka membesar dengan bebas. Saya tak mahu mereka tertekan untuk menjaga empayar atau gelaran ibunya itu,” akhirinya.
Difahamkan Shila menerima tawaran untuk penganugerahan darjah kebesaran itu sewaktu sebelum berkahwin selepas mencipta pelbagai kejayaan luar biasa dalam bidang nyanyian di peringkat antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Linda Hashim menerima keputusan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk menangguhkan prosiding sebutan cerainya dengan suami yang juga pelakon, Beego pada 6 Mac depan.
Walaupun prosiding hari ini tidak berjalan seperti yang diharapkan, Linda tetap berharap agar segalanya dapat berjalan dengan lancar pada proses berikutnya.
“Kita hanya mampu merancang tapi kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Saya cuma mengharapkan agar proses ini berjalan dengan baik dan cepat,” katanya kepada MH.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.
Katanya lagi, dia juga sudah nekad dengan keputusan ini meskipun bakal bercerai dengan suami buat kali yang ketiga.
“Sebelum adanya kali ketiga ini, kita ada kali pertama dan kedua. Peluang kali pertama dan kedua sepatutnya harus dijaga. Bila adanya proses rujuk, harus kita perbaiki tapi saya tidak nampak perkara itu.
“Saya tahu proses kali ketiga ini memang sukar tapi keputusan saya bersebab. Mungkin tiada peluang yang disia-siakan tapi sudah takdir dan jalan kami begini,” ujarnya.
Pada masa sama, Linda memaklumkan dirinya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tetapi reda apabila jodoh mereka hanya sampai di sini sahaja.
“Saya agak malu sebenarnya untuk berdiri di sini. Saya malu dengan rakan-rakan media, ahli keluarga, saudara mara dan anak-anak.
“Tiada siapa nak perkara ini berlaku. Ini dugaan saya dan Beego. Pertemuan dan perpisahan itu sudah ditentukan. Saya juga dah usaha dengan cara saya sendiri tapi mungkin ini jalan terbaik,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia akan menerima jika ada usaha untuk berbaik daripada Beego, Linda menyifatkan dirinya kini sudah ikhlas untuk melepaskan perkahwinannya itu.
“Dia pun tahu perasaan saya. Dia kena menghormati apa yang saya rasa selama ini. Sekiranya saya memilih untuk tidak bercerai, saya takut jadi tak ikhlas. Perkara itu tidak baik.
“Kami berdua perlu ikhlas. Dia tahu apa yang dia sudah buat,” akhirinya.
Terdahulu, prosiding sebutan pertama penceraian diantara Linda dan Beego terpaksa ditangguhkan disebabkan ketidakhadiran Beego.
Menurut peguam yang mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaludin, notis tuntutan yang sepatutnya diserahkan oleh pihak mahkamah difahamkan tidak berjaya sampai kepada pihak Beego.
Prosiding sebutan cerai kali kedua bakal bersambung pada 6 Mac ini.
Untuk info, Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ariani sekali lagi mencuri perhatian industri fesyen menerusi pelancaran koleksi lebaran terbarunya, Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, baru-baru ini.
Acara berkenaan mempersembahkan koleksi hijab dan busana raya terkini, menawarkan lebih 300 pilihan hijab serta 300,000 persalinan raya bersempena Aidilfitri tahun ini.
Dalam pada itu, penampilan selebriti popular, Rozita Che Wan yang dilantik sebagai Muse Ariani Luxe 2025 pada acara sama turut menjadi sorotan sekali gus mengukuhkan jenama tersebut sebagai koleksi premium yang eksklusif.
Koleksi ini menampilkan rekaan mewah dengan perincian French lace dan kemasan kristal Swarovski, menjadikan setiap helaian lebih elegan dan berseri di tubuh pemakai.
“Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas. Kalau Dia kata bukan rezeki kita, makanan yang nak masuk dalam mulut pun boleh terlepas.
“Apa pun saya okay sahaja dan bersangka baik atas apa yang berlaku, semuanya rezeki,” katanya.
Dalam pada itu, Ariani Ready-To-Wear (RTW) turut menawarkan 300,000 persalinan raya, merangkumi baju kurung, jubah, kurta, dan baju melayu, direka dengan material premium seperti cotton, satin, chiffon, jacquard, dan banyak lagi.
Tahun ini, Ariani Raya 2025 masih mengekalkan Lisa Surihani, Uyaina Arshad, dan Bella Dally sebagai duta utama serta turut memperkenalkan 11 wajah baru bagi kempen Raya 2025.
Malah buat pertama kali, Ariani turut menampilkan barisan hero Malaya dalam koleksi ARYAN, dengan kemunculan Dato’ Rahim Razali, Dato’ Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman, dan Zarul Umbrella.
Sementara itu, pihaknya juga mencipta sejarah apabila berkolaborasi dengan jenama mewah antarabangsa, Liberty London.
Ia menggabungkan potongan tradisional dengan empat corak bunga ikonik dari Liberty, melambangkan gabungan budaya Malaysia dan fesyen global.
Selain itu, Ariani turut bekerjasama dengan Bokitta untuk memperkenalkan tudung instant tanpa pin, sesuai untuk wanita moden yang mengutamakan keselesaan.
Selain pertunjukkan koleksi terbaharu, acara tersebut turut diserikan dengan persembahan istimewa penyanyi Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah.
Ariani turut menerima kehadiran tetamu kehormat, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, menjadikan pelancaran koleksi Hikayat Ariani Karya Seindah Busana sebagai salah satu acara fesyen paling berprestij tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini