Filem Imaginur diangkat sebagai Filem Terbaik pada filem Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang berlangsung meriah malam tadi.
Filem arahan Nik Amir Mustapha itu membawa pulang trofi di samping Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.
Nik Amir turut memenangi anugerah pengarah terbaik manakala tunjang utama iaitu Beto Kusyairy turut dinobatkan selaku Pelakon Lelaki Terbaik FFM33.
Imaginur turut menggondol tiga lagi anugerah iaitu Penata Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Cerita Asal Menarik.
Selepas memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2024, aktres Susan sekali lagi mencipta sensasi apabila dinobatkan selaku Pelakon Wanita Terbaik FFM33.
Sementara itu, pelakon senior, A. Galak turut menerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman diatas sumbangannya sepanjang 60 tahun bergelar anak seni.
Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM33;
Anugerah Khas Filem Box-Office
– Sheriff
Poster Terbaik
– Walid (Layar Picture Sdn. Bhd.)
Kesan Khas Visual Terbaik
– Sheriff (Viper Studios SDN BHD)
Filem Pendek Terbaik
– The Missing Trophy (Wayang Work Sdn Bhd)
Dokumentari Terbaik
Ads
– Pekik (Stereo Pixel SDN BHD)
Tatarias/ Solekan Terbaik
– Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin & Kua Goh Yoke Eng (Abang Adik)
Rekaan Busana Terbaik
– Elaine Ng (Abang Adik)
Penataan Bunyi Terbaik
– Nizam Razak (Mechamato Movie)
Skor Muzik Asal Terbaik
– Jackey Yow (Malbatt Misi Bakara)
Sinematografi Terbaik
Ads
– Sheriff (Rahimi Maidin)
Penyunting Terbaik
– Johan Arif Mazlan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
– Qisya Hairulzain (Magik)
Pelakon Wanita Harapan Terbaik
– Trisha Ooi (Janna Edoro)
Pelakon Lelaki Harapan Terbaik
– Aniq Durar (Pagari Bulan)
Pengarah Harapan Terbaik
Ads
– Jin Ong (Abang Adik)
Anugerah Khas Juri 2
– Duan Nago Bogho
Anugerah Khas Karyawan
– Indra Che Muda
Anugerah Khas Sepanjang Zaman
– A. Galak
Lakon Layar Terbaik
– Jin Ong (Abang Adik)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
– Elizabeth Tan (Sheriff)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
– Jack Tan (Abang Adik)
FFM33 yang dihoskan oleh pengacara, Datuk AC Mizal telah berlangsung dengan gilang gemilang di Kota Media Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Anugerah ini turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air seperti Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Aizat Amdan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang remaja perempuan yang mendakwa seorang guru lelaki telah membuat jenaka berkaitan isu rogol.
Pendedahan tersebut telah menimbulkan kemarahan dan rata-rata mengecam sekeras-kerasnya terhadap tindakan guru berkenaan.
Pelakon Diana Danielle misalnya, ada memberikan komen serta pendapat mengenai perkara tersebut.
Di samping meluahkan rasa kecewa, Diana memberitahu jenaka mengenai rogol serta gangguan seksual tidak sesuai untuk dijadikan bahan lucu walau diperingkat umur mana sekali pun.
“Kepada cikgu yang suka cakap merepek dalam kelas… merepek and being sexually inappropriate is different tau.
“Nak bergurau dgn budak ikutlah peringkat kematangan mereka, if theyre children, the jokes you tell your collegues tak sama dgn jokes kita cakap pada budak sekolah.
“Don’t normalize this, pendidiklah yg menjadi contoh dalam sekolah. Kalau bukan mereka, nak harapkan makcik canteen ke? credit @neilleffendy (twitter),” tulisnya.
Menduduki kerusi juri tetap bagi program nyanyian terbaru terbitan TV3, Famili Duo, penampilan pelakon dan pengacara, Didie Alias kali ini mendapat perhatian warga netizen hampir setiap minggu.
Rata-rata berpendapat busana yang digayakan oleh Didie tampak berbeza jika ingin dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Didie memberitahu, memasuki tahun 2021, dia kini mahu kelihatan lebih matang namun elemen elegan masih lagi dikekalkan.
Katanya lagi, selain daripada memiliki team yang sangat memahami citarasanya, ibu kepada enam orang anak ini menjelaskan dia tidak kisah untuk mengeluarkan bajet sendiri demi menjayakan sesebuah program itu.
“Bila dah masuk tahun 2021 ni, saya ingin bawakan keterampilan yang elegan dan lebih matang. Saya juga mempunyai kekuatan dari team saya sendiri.
“Saya kalau buat sesuatu tu saya tak kisah sekiranya saya kena keluar perbelanjaan sendiri. Kita kongsi rezeki.
“Saya ada designer saya sendiri dan setiap minggu kami kami akan bincang mengenai busana yang akan saya pakai.
“Saya juga mendapat sentuhan daripada make up artis, Kasih Cicie manakala rambut saya pula didandan oleh Miss Anatascia. Jadi, mereka ini sangat profesional dan mereka faham apa yang saya mahukan,” katanya kepada MH.
Pelakon drama, Takdir Yang Tertulis itu berkata sedemikan sewaktu ditemui ketika sesi rakaman program, MHthrowback.
Dalam pada itu, Didie turut menambah, meskipun dia sedar Famili Duo merupakan sebuah program baru, namun dia tetap berani untuk memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak pihak produksi.
“Mereka sangat bersungguh walaupun saya tahu ini program baru. Kita sendiri tak tahu kemampuan program ini. Boleh viral ke? Mampu beri impak ke?
“Kebiasaannya program baru ni orang akan lebih berhati-hati tetapi tidak untuk saya. Saya berani untuk keluarkan sesuatu penampilan yang ada ‘wow factor’,” katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai busana yang dipakai pada minggu lalu, Didie mendedahkan dia telah menerima banyak mesej di Instagram yang memuji mengenai penampilannya itu.
“Saya rasa kecantikan saya terserlah macam umur 20 tahun. Terutamanya ketika pakai baju putih pada episod lepas. Mendadak DM yang saya dapat.
“Mereka semua tak berani nak komen yang bukan-bukan. Kebanyakkan komen kata saya nampak cantik pada malam tesebut.
“Saya bukanlah nak meninggi diri cuma saya gembira apa yang kami rancangkan itu menjadi. Teamwork tu yang mainkan peranan. Terima kasih juga diucapkan kepada pengurus saya iaitu suami saya sendiri,” akhirinya.
Sumber: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita kematian bintang Korea Selatan, Goo Hara yang juga bekas anggota kumpulan Kara yang ditemui di kediamannya, di Cheongdam-Dong awal pagi semalam nyata mengejutkan ramai pihak.
Mayat penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun itu ditemui kira-kira jam 6.00 pagi waktu tempatan, kata polis Gangnam yang masih menyiasat kematian sebenar bintang berkenaan.
Terdahulu, kematian seorang lagi selebriti, Sulli sebelum ini turut memberi berita duka dan Goo Hara difahamkan turut bersahabat baik dengan mendiang Sulli yang juga ditemui mati kediamannya pada 14 Oktober lalu.
Malah, Goo Hara turut meluahkan rasa sedih atas pemergiaan Sulli dan dilihat menangis saat menerusi Live di Instagram dimiliknya. Sesi ‘live’ tersebut juga kini kembali viral dan dikongsi ramai menerusi media sosial.
Difahamkan, siaran langsung itu dibuat Goo Hara sehari selepas berita kematian Sulli dan para peminat pada ketika itu turut memberikan kata semangat selain mengharapkan agar dirinya tidak bersedih.
Goo Hara menerusi entri terkininya di Instagram pula ada berkongsi sekeping foto pada Sabtu dengan merakamkan aksinya di katil dengan kapsyen, “Selamat Malam”.
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.