Setelah 10 tahun menyepi daripada industri seni tanah air, penyanyi, Farah Asyikin muncul sebagai salah seorang peserta Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) baru-baru ini.

Bagaimanapun,Farah akur apabila dia merupakan peserta ketiga GGV2 yang tersingkir minggu lalu selepas kumpulan Rabithah dan Ippo Hafiz.

Namun begitu, saat diumumkan namanya sebagai peserta yang tersingkir, Farah kekal tenang dan mengucapkan syukur apabila dapat menjadi sebahagian daripada keluarga besar GGV2.

IKLAN

‘I’m Here To Learn’- Ini Luahan Farah Asyikin Bila Sertai Gema Gegar Vaganza

IKLAN

“Alhamdulillah, setelah 10 tahun tidak berada atas pentas, saya dapat muncul di pentas GGV2. Pada saya ALLAH SWT dah atur cantik banyak benda. Kalau dilihat pun pertandingan ini sihat antara semua peserta.

“Saya sendiri sangat puas dan kalau diberikan masa yang lebih panjang dalam GGV2, semua itu adalah bonus, I’m here to learn,” katanya kepada Media Hiburan.

Tambahnya lagi, dia sendiri sudah dapat merasakan akan menjadi peserta yang tersingkir pada minggu keempat GGV2 tempoh hari.

IKLAN

“Habis sahaja persembahan, saya telefon suami saya, cakap sediakan ‘exit speech’ sebab lihat ‘performance’ rakan-rakan lain memang sangat hebat.

“Alhamdulillah juga kerana ALLAH SWT beri sahaja rasa ketenangan to ’embrace’ pemergian saya dari pentas GGV, semuanya sudah disusun cantik,” katanya lagi.

Semasa GGV2 minggu ke-4 tempoh hari, Farah menyanyikan lagu ‘InsyALLAH’ oleh Maher Zain.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI