Categories: Uncategorized

Ika Nabella Dikritik Sekali Lagi, Muat Naik Video Cium Suami?

Share

Nampaknya sekali lagi nama pelakon , Ika Nabella menjadi bualan apabila gambar panasnya menjadi viral di laman sosisal. Terdahulu, namanya disebut apabila bergaduh dengan seorang wanita di KLIA2.

Baru-baru ini pula, Ika telah memuat naik video ketika menghadiri majlis perkahwinan bersama suami tercinta, Muhammad Zaid Azman menerusi laman Instagram.

Menerusi video pendek itu, jelas pemilik nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim sedang bahagia diulit cinta bersama suami.

Apa yang menjadi perhatian ramai, Ika dan suami dilihat spontan bercium antara satu sama lain. Nampaknya, kehidupan rumahtangga Ika tidak lekang daripada kontroversi.


Rata-rata peminat juga turut meninggalkan komen khuatir tindakan Ika ini akan mengundang kritikan dan menjadi viral.

Memang tiada salahnya jika berkongsi gambar atau video sebegini, tetapi perlu menjaga sensitiviti.

Malah, Ika perlu berhati-hati dalam berkongsi foto di media sosial apatah lagi sekiranya foto itu mampu mengundang pelbagai persepsi negetif.

MH doakan agar perkahwinan mereka akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan dan berkekalan.

IKLAN