Tahniah diucapkan buat pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin yang telah berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nurida Suraya yang telah disahkan hamil empat bulan.
Berita itu dikongsikan Rizman menerusi Instagram miliknya, hari ini.
Sambil merakamkan rasa syukur, pereka ini turut menyifatkan rezeki zuriat sebagai anugerah paling berharga.
Ads
“Alhamdulillah.. dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur Kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.
“To my beautiful queen @nuridasuraya thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu.
Ads
“Ya Allah ya tuhanku, Semoga Anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu. Amin amin ya rabbalalamin,” titipnya.
Lalu, entri berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan.
Ads
Terdahulu, Rizman,36, dan Nurida, 31, mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 di ibu negara dengan sekali lafaz.
Foto: Instagram Rizman Nordian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti, Fasha Sandha dan Aidil Aziz ada berkongsi mengenai situasi mereka sekeluarga disaat semua diwajibkan mematuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kini memasuki hari keempat.
Sambil mengakui hubungan kekeluargaan yang terjalin kian rapat apabila dapat mengisi masa bersama, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh ini juga menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu hal positif dalam sisi lainnya.
Antara lain, Fasha dan Aidil menerusi IG TV turut meminta ramai agar mematuhi arahan kerajaan dan lakukan hal sebaiknya bagi mengekang penularan Covid-19.
“Rasa kita semakin rapat sebab kita dapat luang masa bersama keluarga. Rasa rapat di antara satu sama lain. Perkara ini belum pernah jadi pada kita, sepanjang perkahwinan, kita perlu duduk di rumah dengan begini lamanya. Jadi rasa kita makin rapatlah.
“Rasa seronok sangat sebab makan cukup, rehat cukup, solat pun cukup dengan orang yang tersayang. Maksudnya cukup itu dengan insan tersayang.
“Kalau tidak sebelum ini kita makan di luar memandangkan masing-masing kerja dan sibuk. Akan tetapi sekarang semuanya dibuat bersama-sama.
“Kami ni orang yang selalu bekerja jadi kita rasa agak jangga dengan situasi ini. Akan tetapi kami ambil ia sebagai satu yang positif. Apa dugaan yang terjadi ini kita ambil positif, agar dapat lebih mesra dengan keluarga,” terang Fasha.
Fasha dan Aidil juga memohon ramai agar terus kuat dan patuhi arahan kerajaan berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.
“Ambil serius dan banyakkan berdoa. Bukan semua orang senasib dengan kita. Ada insan yang alami situasi yang lebih susah berbanding kita,” jelas Aidil.
Sementara itu, Fasha turut berkongsi keadaan yang berlaku di kawasan kediamannya.
“Tadi pergi beli barang dapur, keadaan di ampang sangat sepi, sunyi. Selama 20 tahun saya tinggal di sini tak pernah keadaan seperti ini.
“Tapi dari sudut positif, kita semua mendengar arahan supaya duduk dalam rumah,” katanya lagi sambil meminta ramai agar turut menjaga keselamatan.
Terdahulu memetik Awani, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan adalah lebih baik berbanding hari pertama penguatkuasaannya.
Bagaimanapun, orang ramai diingatkan agar terus mengurangkan pergerakan yang tidak perlu bagi mengekang wabak COVID-19.
Foto: IG TV Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman Twitter melayangkan satu pesanan yang cukup menyentuh hati rakyat.
Jelasnya, negara sedang berhadapan dengan sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam sejarah sebelum ini. Jelasnya, kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang rakyat pilih, namun dia mahu memastikan, kerajaan bawah pimpinannya prihatin akan masalah rakyat.
“We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. And this government may not be the government that you voted for. But I want you to know that this government cares for you,” tulisnya yang kini terkenal dengan panggilan ‘Abah’ di kalangan rakyat Malaysia atas sifat kasih sayang yang ditunjukkan.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang mencakupi segenap pelusuk rakyat Malaysia dengan slogan ‘No one left behind’.
Antaranya ialah:
1. RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dalam meningkatkan keupayaan.
2. RM1 billion tambahan kepada KKM untuk pembelian alat dan perkhidmatan memerangi Covid-19
3. RM8juta untuk menanggung kos saringan Covid-19 seluruh malaysia.
4. Syarikat takaful/insurans menawarkan penangguhan caruman selama tiga bulan untuk yang terkesan.
5. Elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan KKM bernilai RM400 sehingga RM600.
6. Elaun khas RM200 sebulan untuk Tentera, Polis, Kastam, Imigresen, Pertahanan Awam dan Rela.
7. Bantuan secara one off RM10 billion kepada kumpulan M40 golongan swasta, peneroka felda, petani, nelayan dan peniaga kecil
10. Bayaran RM1600 one off kepada isi rumah pendapatan bawah RM4000.RM1000 dibayar pada April manakal baki RM600 dibayar pada bulan Mei.
11. Bayaran RM1,000 kepada isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
13. RM800 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
14. RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan mei
15. Program BSH tetap dilaksanakan pada Julai dengan peruntukan sebanyak RM3.2billion
16. RM200 setiap seorang mahasiswa .
17. Penangguhan bayaran balik PTPTPN 6 bulan.
18. Pengecualian bayaran sewa PPR sejumlah RM5.7 juta selama enam bulan.
19. Bantuan RM500 untuk penjawat awam tetap dan kontrak.
Foto : Twitter Tan Sri Muhyiddin Yassin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enam tahun berlalu, kisah tragis pesawat Malaysia Airline MH370 yang mengorbankan 239 nyawa sehingga kini masih berbekas di hati seluruh masyarakat dunia.
Penyanyi yang juga bekas pramugara, Zarul Husin membawa kisah Intan Maizura, waris salah seorang mangsa insiden MH370 yang menitipkan pesanan kepada arwah suami tercinta.
Intan yang juga bekas pramugari dan balu kepada kru MH370, Mohd Hazrin Hasnan, menasihati agar hargai insan tersayang sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
“Kalau orang itu sudah pergi, tiada apa yang kita boleh buat.Jadi apa yang boleh saya katakan, sementara orang tersayang masih hidup, hargai mereka. Sebab bila mereka sudah tiada, tiada apa yang mampu kita lakukan.
“6 tahun sudah berlalu. Tak perasan waktu pantasnya pergi..Tiada kubur.. Tiada pesan.. Tiada lagi tangisan seperti dulu, hidup mesti aku teruskan
“Allah dah janji “mati itu pasti”. Takpe, Allah ada.. Anak2 makin membesar..Mereka membesar dengan tangisan..Tak mengerti sepatah apa.
“Hanya jawapan tipu hari demi hari..Buntu nak jawab apa lagi..Sehingga kini baru Iman mengerti, mengerti tak semestinya boleh fahami tapi semuanya samar2 hingga ke mati. Lahirnya Muhammad seorang bayi yang kuat.
“Dia fahami untuk tidak menyusahkan hati ibunya yang kosong. Sedari kecil anak ini tak pernah menyusahkan, hanya tangis bila lapar, lapar dan lapar..tidurnya mudah, senyum sahaja.
“Sedari kecik sudah berdikari.. semuanya mudah berkat dari Ilahi. Sakit kuning, batuk, demam selsema, itu biasa..ke hulu ke hilir ibu sendiri.
“Janji anak kecil ini sembuh dan tak susahkan hati mommy. Aku harapkan anak2 ini sentiasa di bawah lindungan Allah yang Esa.. menjadi anak2 yang soleh supaya dapat mendoakan papa yang berada di sana.
“Tak lekang dari bibir setiap mereka menyebut papa papa papa..
Moga cinta mereka sentiasa mekar hingga ke syurga..Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Aamiin Ya Rabbalalamin,” luahnya.
A post shared by AIRBNB HOST (@intanmaizuraothaman) on
Sekadar imbasan, pada 8 Mac 2014, sebuah penerbangan rutin harian, pesawat Malaysia Airlines MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing, dilaporkan hilang bersama semua penumpang dan anak kapal.
Selepas operasi mengesan lokasi MH370 tiada sebarang petunjuk, pada Januari 2015, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa kehilangan tersebut sebagai sebuah kemalangan.
Foto : Instagram Zarul & Intan Maizura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...