Categories: Uncategorized

IG Review ‘Terlampau’, Habis Persatuan Minah Tudung, Makcik Bawang Tak Terima

Share

Awal-awal pagi bila buka sahaja media sosial, MH dah terhibur membaca-baca ‘berita’ terkini yang dikongsi netizen. Tak sangka mereka ini menghiburkan hingga boleh hilang ‘monday blues’ dibuatnya.

Terbaru, MH ada terlihat satu IG review instafamous ini mengenai satu produk kecantikan tetapi apa yang menarik perhatian MH melihat reaksi dan penerimaan netizen.

Bagaimanapun, di ruangan komen netizen membalas mengatakan bahawa segala persatuan seperti minah tudung dan makcik bawang juga tidak terima individu tersebut.

Kesudahannya, setelah semua persatuan tersebut ‘menolak’ individu tersebut dalam mana-mana komuniti, netizen akhirnya membuat kata putus mengenai isu tersebut.

Alahai, kasihan ada, kelakar pun ada bila MH komen-komen netizen, mereka memang kreatif dalam bab-bab begini.

Namun begitu, MH lihat laman Instagram instafamous tersebut, memang dia sering melakukan Ig Review yang agak ‘unik’ gitu hingga mendapat kecaman netizen.

Pada MH, mungkin sebab dah terlampau ramai IG review di Malaysia ini jadi seseorang itu haruslah berfikiran di luar kotak dengan mempamerkan aksi yang lain dari yang lain supaya dapat tarik perhatian netizen.

Biasalah, sekarang ini kan cara kita ‘market’ diri itu penting, cuba korang bayangkan…kalau dia tak buat benda-benda ‘merepek’ tu, korang rasa ada yang nak tengok?

IKLAN