Uncategorized

“If Her Heart Was Broken, Your Legs Will Be Too,”- 10 Syarat Buat Para Lelaki Sebelum Dekati Anak Afdlin Shauki!

Share

Pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki mendedahkan dia telah menetapkan 10 syarat buat para lelaki di luar sana yang berhasrat untuk berkenalan dengan anaknya.

Jelas pelakon yang popular menerusi filem Papadom itu, hanya dia sahaja yang mampu benar-benar mencintai anaknya itu dan bukanlah orang lain.

Syarat-syarat tersebut telah dimuat naik oleh Afdlin menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, antara syarat lain yang ditetapkan Afdlin ialah jangan sesekali menyakiti hati dan meninggikan tangan terhadapnya perempuannya itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Afdlin selain menitipkan ucapan ‘selamat berjaya’ kepada sesiapa sahaja yang ingin berkenalan dengan anak pelakon tersebut.

Sebagai seorang ayah, sudah menjadi kewajipan untuk mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan dalam memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin.

Bila baca syarat tersebut, ada yang berani tak?

Foto: Instagram Afdlin Shauki

IKLAN