Penyanyi cilik Indonesia, Farel Prayoga sekali lagi menjadi perhatian selepas ibu tirinya, Siti Mujayanah mendedahkan bahawa remaja itu merupakan anak luar nikah hasil hubungan sulit suaminya dengan wanita yang masih bergelar isteri orang ketika itu.
Pendedahan berani itu dibuat oleh Siti Mujayanah menerusi saluran YouTube KA ANI Official baru-baru ini, sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Menurut wanita tersebut, Farel dilahirkan hasil hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah antara suaminya dan wanita tersebut.
“Farel itu anak hasil perselingkuhan suami saya dengan ibu kandungnya. Tidak ada ikatan pernikahan,” jelasnya sambil menyifatkan hubungan sulit itu berlaku sewaktu kedua-dua pihak masih terikat dalam rumah tangga masing-masing.
Tambah Siti Mujayanah lagi, beliau merupakan individu yang menjaga Farel sejak usianya baru mencecah seminggu, sebelum bakat nyanyiannya mula mencuri perhatian ramai di usia muda.
Ads
Isu asal usul Farel mula diperkatakan selepas penyanyi lagu Ojo Dibandingke itu mendedahkan kepada hos podcast terkenal, Denny Sumargo, bahawa dia tidak pernah mengenali ibu kandungnya sepanjang hidup.
Malah, dia turut mengakui sering menerima gambaran negatif mengenai wanita itu daripada keluarga sebelah bapanya.
Isu menjadi lebih rumit apabila tular pula dakwaan bahawa Farel tidak lagi memiliki aset atau tanah miliknya.
Menjawab perkara itu, Siti Mujayanah tampil memberikan penjelasan dan menyanggah dakwaan kononnya wang Farel telah habis digunakan, termasuk dituduh berbelanja untuk judi atas talian.
“Kalau betul saya main judi pun, hanya top up Rp38 ribu, tak logik kalau kata habis duit sampai Rp10 miliar,” tegas Siti dalam video sama.
Ads
Beliau turut menegaskan bahawa kesemua aset termasuk dua motosikal dan tanah masih lagi didaftarkan atas nama Farel dan belum dijual.
Tambahnya lagi, isu berkaitan pembelian seekor kuda yang tular sebelum ini juga tidak melibatkan wang milik Farel, sebaliknya dibeli oleh anaknya menggunakan hasil jualan kereta.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Barbarik mencatat kejayaan manis menerusi konsert Pentas Peluru Cokelat yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam 28 Jun lalu apabila ia disaksikan lebih 2,700 peminat.
Band rock yang dianggotai oleh Muss (vokal), JoBranko (gitar utama), Rozaimi (gitar), dan Ainol (dram) itu turut mengambil keputusan untuk melewatkan konsert selama 15 minit bagi memberi ruang kepada peminat yang masih beratur untuk masuk.
“Sebenarnya kami terkejut kerana dalam keadaan sekarang yang ada banyak konsert serentak, peminat masih hadir memberi sokongan untuk konsert rock.
“Sepatutnya konsert kami bermula pada 8.45 malam, tetapi terpaksa dilewatkan selama 15 minit untuk memberi laluan kepada peminat yang masih beratur untuk masuk ke dalam.
“Secara keseluruhan kami gembira kerana persembahan berjalan seperti dirancang dan penonton juga ‘enjoy’ dengan apa yang kami berikan di atas pentas,” ujar JoBranko.
Konsert berdurasi tiga jam itu menampilkan persembahan bertenaga dan konsisten dari segi kualiti bunyi serta lontaran vokal Muss yang dilihat berada pada tahap terbaik, meskipun kesihatannya sebelum itu sedikit terjejas.
“Saya sendiri tidak berapa sihat sebelum konsert, mulanya risau juga, tetapi syukur ketika di atas pentas vokal saya tidak terganggu,” ujar Muss.
Barbarik mempersembahkan 22 buah lagu, termasuk daripada album sulung seperti Nasib Baik, Marcapada, Pelurut Cokelat, Didakap Pesona dan Kasmaran Selamanya.
Antara segmen mencuri perhatian ialah Retrostika, yang menampilkan lagu-lagu klasik seperti Sketsa Sebuah Cinta, Potret Monalisa, Cintamu Mekar Dihati dan Taman Rashidah Utama.
Ia diserikan dengan kemunculan istimewa Shah Slam, Muzza dan Ujang Tukimon. Tidak ketinggalan, Karl Cromok turut membuat penampilan khas untuk berduet lagu Golok Kayu serta Jerangkung Dalam Almari.
Sebagai penutup yang tidak dijangka, Barbarik membuat kejutan dengan menyampaikan lagu Keris Tidak Bersarung iaitu lagu yang tidak tersenarai dalam setlist asal.
“Disebabkan terlampau seronok, itu yang tiba-tiba JoBranko mahu belanja lagu terakhir yang memang langsung tiada dalam perancangan iaitu lagu Keris Tak Bersarung.
“Bukan sahaja kejutan buat peminat, tetapi kami juga (ketawa). Masa itu muka saya, Ainol dan Rozaimi sudah pucat lesi sebab masing-masing sudah ‘bungkus’ hendak turun pentas.
“Tetapi inilah elemen kejutan yang memang ada dalam setiap konsert,” kata Muss lagi.
Konsert ini merupakan hasil penganjuran Karri Talk Production dengan kerjasama Pentas Barbarik Sdn. Bhd., yang jelas berjaya mengangkat semangat rock ke satu pentas yang lebih gah dan penuh emosi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Armz Photodesign Official Photographer & Faizal Darus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gadis Iban dari Sarawak, Viviana Lin Winston, diumumkan sebagai juara Miss Grand Malaysia 2025 selepas menewaskan tujuh peserta lain pada malam kemuncak pertandingan yang berlangsung di HGH Convention Centre di sini, malam tadi.
Viviana, 25, bukan sahaja berjaya menambat hati juri menerusi penampilannya dalam kategori pakaian tradisional, pakaian sukan, gaun malam dan sesi soal jawab, malah turut mencatat sejarah sebagai wanita pertama berketurunan Iban yang merangkul gelaran berprestij itu.
Dengan kemenangan ini, beliau akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2025 yang dijadual berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Oktober akan datang.
Viviana yang merupakan graduan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dilihat menyerlah sepanjang pertandingan berlangsung dengan keyakinan diri, disiplin dan karisma yang seimbang di pentas.
Kejayaannya turut mencuri perhatian rakyat Sarawak yang menzahirkan sokongan penuh terhadap anak jati negeri itu dalam media sosial sejak peringkat awal pertandingan.
Bersaing secara sihat, beliau berjaya menewaskan dua pencabar terdekat, iaitu Dr. Nisha Thayananthan yang muncul sebagai naib juara, serta Rochil Sagarino dari Sabah yang menduduki tempat ketiga.
Demi membawa nama Malaysia, Viviana dijangka memulakan latihan intensif dalam beberapa bulan akan datang bagi memperkemaskan persiapan ke peringkat antarabangsa, sekali gus menggalas harapan pencinta dunia ratu cantik tempatan untuk kembali menyerlah di pentas Miss Grand International.
Imbas kembali, hanya empat wakil Malaysia berjaya menempatkan diri dalam kelompok peserta terbaik sepanjang 12 tahun penyertaan.
Pada edisi 2016, Malaysia pertama kali berada dalam kelompok 20 terbaik menerusi perwakilan Ranmeet Jassal. Kemudiannya pada 2020, Jasabel Robert berjaya mengharumkan nama Malaysia sebagai peseta top 10 apabila memenangi gelaran Miss Popular Vote.
Pada 2021 pula, Lishalliny Kanaran membanggakan negara apabila berjaya memasuki kelompok 20 terbaik dan dinobatkan sebagai pemenang terbaik kostum Nasional. Terbaharu pada 2024 pula, Melisha Lin dinobatkan sebagai 5th runner-up pertandingan itu.
Jadi adakah Viviana Lin Winston akan berjaya mengulangi kejayaan beberapa ‘senior’nya dalam pertandingan ini? Sama-sama kita nantikan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kembali untuk tahun ketiga, All Star Influencer Award (ASIA) 2025 bakal menjadi pentas utama dunia digital apabila seramai 80 pencipta kandungan dari 20 negara Asia dan Timur Tengah berkumpul di Malaysia.
Para peserta akan menjelajah ke lapan negeri di seluruh negara bagi menyertai aktiviti penciptaan kandungan kreatif yang mengetengahkan keindahan, budaya serta keunikan destinasi pelancongan tempatan sebelum melangkah ke malam anugerah.
“Setiap dua negeri akan menerima 20 pencipta kandungan dalam tempoh tertentu, di mana mereka akan terlibat dalam pelbagai eksplorasi dari makanan tempatan, seni budaya, alam semula jadi hinggalah ke cabaran digital,” ujar penganjur, Dato’ Abd. Rahman Soltan.
Perjalanan peserta akan bermula di Johor dan Pahang pada 20 hingga 25 Julai depan, diikuti Melaka dan Selangor (17-20 Ogos), kemudian ke Pulau Pinang dan Langkawi (14-20 September), sebelum berakhir di Sabah (14-17 Oktober).
ASIA2025 turut menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang bertujuan mempromosikan keindahan, kepelbagaian budaya serta destinasi pelancongan Malaysia kepada dunia.
“Ini adalah antara platform digital terbaik untuk terus memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancongan digital dan kreatif di rantau ini.
“Gabungan pengaruh digital dan keunikan budaya tempatan dijangka meningkatkan lagi kesedaran global terhadap tarikan pelancongan Malaysia menjelang tahun 2026,” kata Dato’ Abd. Rahman.
Kesemua peserta akan kembali berkumpul untuk menghadiri Majlis Gala Anugerah pada 19 Oktober 2025, dengan lokasi rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sebagai penghargaan atas usaha dan kreativiti peserta, pemenang utama bakal menerima wang tunai USD15,000 berserta percutian eksklusif ke Dubai.
Tempat kedua membawa pulang USD5,000 dan percutian ke Dubai, manakala tempat ketiga pula menerima USD1,000 dan pakej percutian yang sama.
Selain itu, 10 peserta terbaik keseluruhan turut akan dipilih untuk menyertai trip istimewa yang ditaja sepenuhnya ke destinasi sama, sebagai pengiktirafan terhadap kandungan dan pengaruh hebat yang dihasilkan sepanjang program
Lebih 13 kategori anugerah akan dipertandingkan seperti Best Gourmet Award, Best Storyteller, Best Culture Curator dan banyak lagi.
Dengan gabungan pengaruh digital, lokasi eksotik dan hadiah lumayan, edisi tahun ini dijangka menjadi antara acara paling dinantikan dalam kalangan pencipta kandungan dari Asia dan Timur Tengah.
Tahun lalu, tanda pagar #AllStarInfluencerAward2024 berjaya meraih lebih 500 juta capaian digital di aplikasi TikTok dan tular di pelbagai platform media sosial dalam tempoh setahun.
Pada edisi lalu, pempengaruh dari Indonesia, Saal Haerid menjuarai All Star Influencer Award (ASIA) 2024, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000, trofi eksklusif dan pakej percutian mewah ke Dubai.
Saal turut memenangi kategori Ciptaan Kandungan Terbaik, melayakkannya menerima wang tunai AS$1,000 (RM4,419.50) dan trofi.
Abyan Calief, juga dari Indonesia, meraih tempat kedua manakala wakil Malaysia, Imranul Effendi, membawa pulang trofi, wang tunai AS$3,000 (RM13,258.51) serta percutian ke Dubai.
Sementara itu, satu lagi acara berprestij bakal berlangsung iaitu Asia Championship 2025, kejohanan tinju berkonsepkan gabungan dunia sukan dan digital, yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober depan.
Menueut Dato’ Abd. Rahman, acara ini bakal menjanjikan satu pengalaman luar biasa, melangkaui sekadar perlawanan dalam gelanggang, malah menampilkan kolaborasi artis, influencer dan atlet, menjadikan ia acara merentas sempadan fizikal dan maya.
“Asia Championship bukan sekadar satu pertembungan para peninju, tetapi satu pentas moden yang menyatukan semangat kesukanan dengan dunia digital.
“Kami mahu wujudkan satu budaya baharu di mana sukan bukan sahaja disaksikan, tetapi turut dikongsi, diikuti dan diraikan dalam alam media sosial,” katanya.
Tambahnya lagi, pihak Asia Championship akan menyediakan latihan khusus bagi setiap peserta menjelang kejohanan, sebagai persiapan mental dan fizikal.
Untuk edisi 2025, seramai 16 anak muda tempatan telah disahkan menyertai kejohanan dalam dua kategori, dan pihak penganjur kini dalam perbincangan untuk menambah kategori serta peserta baharu yang berminat.
“Permohonan masih dibuka. Ini bukan semata-mata untuk cari siapa paling kuat, tetapi untuk membangunkan semangat sukan dan disiplin dalam kalangan anak muda kita,” jelasnya.
Asia Championship 2025 dijangka menjadi medan baharu yang bukan sahaja mengangkat sukan tempur ke tahap lebih tinggi, tetapi turut menekankan pengaruh digital, pengisian kandungan dan keterlibatan komuniti dalam era baharu dunia sukan dan hiburan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.