Selepas dua tahun melalui fasa perceraian, ibu kepada penyanyi Shila Amzah, iaitu Fauziah Sarman, 57, mengumumkan dia bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang lelaki berstatus duda, pada tahun ini.
Menurut Fauziah, hatinya terbuka untuk kembali berkahwin selepas mengenali lelaki tersebut yang disifatkan sebagai seorang penyayang dan memahami.
“Kami sudah berkawan selama beberapa bulan dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang baik dan penyayang serta tahu sebahagian suka duka hidup saya.
“Sebagai orang dewasa, kita menjalin hubungan yang matang berbeza ketika zaman muda dahulu. Si dia juga mempunyai pekerjaan tetap dan ada bisnes sendiri,” katanya petik Harian Metro.
Tambah Fauziah, hubungan mereka berjalan lancar setakat ini, malah mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga termasuk anak-anaknya.
Ads
“Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan direstui keluarga kedua belah pihak termasuk semua anak-anak saya.
“Shila juga sudah bertemu dengannya dan beritahu dia turut gembira bila dapat tahu saya sudah temui kebahagiaan dalam hidup sekarang,” katanya lagi.
Enggan Kongsi Terlalu Awal, Doa Yang Terbaik
Mengulas lanjut tentang perancangan perkahwinan, Fauziah berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai identiti bakal suami mahupun tarikh pernikahan.
Ads
“Insya-Allah, soal jodoh adalah urusan Allah SWT. Jika semuanya berjalan lancar, kami rancang untuk berkahwin pada tahun ini.
“Saya akan kongsi berita baik itu bila sampai masanya nanti. Saya mohon semua doakan yang terbaik,” katanya lagi.
Ads
Sebagai informasi, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala, 64, pada tahun 1989.
Hasil perkahwinan selama 34 tahun itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.
Bagaimanapun, hubungan itu berakhir apabila Fauziah mengesahkan penceraian mereka berlaku pada 2 Ogos 2023.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota polis wanita yang kini bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff menaklumkan dirinya sudah bertunang dengan pelakon Raja Afiq, awal Mac lalu.
Merancang untuk berkahwin Ogos ini, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Harian Metro bagaimanapun berkata, hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Sepatutnya kami merancang untuk menamatkan ikatan pertunangan ini ke fasa perkahwinan pada Ogos nanti, tetapi memandangkan PKPB masih berjalan, maka terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.
“Cuma, harapan kami semoga majlis pernikahan diimpikan dapat berlangsung sebelum tahun depan.
“Namun, saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya kerana kami belum buat sebarang persiapan lagi seperti Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin.
“Selain itu, saya juga perlu menjalani beberapa prosedur permohonan lain memandangkan kerjaya sebagai anggota polis,” katanya seperti yang dipetik.
Soffwany atau nama sebenarnya, Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff turut menambah, dia dan Raja Afiq juga tidak berniat merahsiakan majlis pertunangan selepas tiga bulan berkenalan.
“Ketika di awal perkenalan kami, saya jarang melayan Afiq yang kerap menghantar mesej peribadi di Instagram. Namun, melihat pada kesungguhan itu saya akhirnya tertarik untuk berkawan.
“Waktu berkawan, kami berborak banyak perkara terutama membabitkan perjalanan tugas polis kerana Afiq sangat berminat nak tahu.
“Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan membuat keputusan untuk bertunang pada Mac lalu. Cuma, tarikhnya kami biarlah rahsiakan dan majlis pertunangan pun berlangsung di kediaman keluarga saya di Johor Bahru,” jelas wanita berusia 31 tahun itu.
Soffwany sebelum ini pernah menjadi perhatian berikutan kelunakan suaranya mendendangkan lagu raya menjadi sensasi di internet.
Malah, diajuga bernaung sebagai penyanyi rakaman di bawah syarikat SRC Records.
Sumber/Foto: Harian Metro/ Instagram Raja Afiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti semua sedia maklum, rapper, Altimet telah pun memutuskan untuk bersara daripada industri seni tanah air bermula pada tahun 2019.
Bagaimanapun, sebelum pengunduran dirinya itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad telah pun mengadakan sebuah konsert khas sebagai tanda penghargaan buat rakan-rakan industri dan juga para peminat.
Terbaru, penyanyi lagu Amboi ini turut mendedahkan dirinya berasa amat terharu selepas mengetahui rata-rata rakan artis yang turut serta menjayakan konsert tersebut telah menolok untuk menerima pembayaran.
“Ni kira pesta kita kita ni. Fun fact: majority guest artist yang buat persembahan malam tu menolak bayaran yang kami bagi.
“Ada yang action ambik cheque pastu tak bank in sampai sekarang. Aku sangat terharu. Thanks guys, I appreciate our friendship fr fr,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Altimet menerusi sebuah ciapan yang dikongsikan di laman Twitter.
Tambah Altimet lagi, ada juga segelintir artis yang telah mengambil check pembayaran tetapi sehingga kini masih lagi belum membuat sebarang transaksi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa rindu bila mengenang kembali momen-momen pada malam konsert terakhir Altimet itu.
Sumber: Twitter Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sebagai Juri Pedas rancangan realiti nyanyian Big Stage 2022 musim keempat yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ‘memancing’ perhatian.
Ini kerana, penampilan bintang yang sinonim dengan lagu Cintaku 100% itu dilihat tampil eksentrik menerusi persalinan kasual rona hitam lengkap aksesori.
Malah pin yang diolah sebagai aksesori fesyen hijabnya tampak unik dan kreatif, sekaligus menerima reaksi pelbagai peminat.
“Mmy cantikkk sngt2, vouge dan gorgeous My mlm ni,” puji seorang wargamaya.
“Wooww kreatifnya…,” tulis lagi seorang warganet.
“Mami paling vogue,” tulis seorang peminat yang lain.
“Berat tak mamy bawak atas kepala tu,” tanya seorang warmaya di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, Big Stage 2022 menyaksikan komposer terkenal Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Manakala, Mas Idayu telah diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mas Idayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.