Categories: Uncategorized

Kembar Redza Rosli Kongsi Cerita…

Share

Masih ingat dengan artikel kami sebelum ini ? Di mana seorang lelaki yang seiras dengan pelakon Ku Kirim Cinta iaitu Redza Rosli.

BACA JUGA >Sama Tapi Tak Serupa, Kembar Redza Rosli Dapat Perhatian

Oleh kerana ramai yang tanya siapakah jejaka ini, MH segera mendapatkannya.

Buat pengetahuan semua, jejaka ini lebih selesa dikenali sebagai Afiq atau nama sebenarnya Muhd Al Afiq bin Md Nor lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi kerana tidak mahu terlalu terdedah pada umum.

Namun, Afiq sempat berkongsi sedikit cerita bagaimana dia boleh dikenali.

Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, Afiq dikenali sejak muncul dalam drama Shh…I Love lakonan Gambit dan Elvina mula meraih perhatian ramai termasuklah dikalangan selebriti sendiri.

Ketika itu dia ditawarkan untuk berlakon disebabkan pengarah drama tersebut,Nizam Zakaria inginkan doktor yang sebenarnya untuk watak yang dilakonkannya.

Disebabkan itu, ramai yang telah menegur wajah mereka berdua dikatakan agak sama.

Selain itu, jejaka berasal dari Melaka ini berkata, dia turut mendapat perlawaan untuk membintangi beberapa drama tempatan lain, namun terpaksa menolak kerana kesibukan kerja.

Menurut Afiq, sebelum ini dia tidak terlalu mengenali Redza disebabkan kerjanya yang lari dari dunia glamour dan terlalu sibuk hingga tiada masa untuk menonton dram-drama terkini.

Namun sejak diberitahu tentang ini, Afiq ada kongsi beberapa gambar kepada ahli keluarganya.

Apa yang menarik, ibunya juga turut keliru mana satu anaknya yang sebenar.

Afiq juga mengakui laman sosial Instagramnya meningkat naik gara-gara wajahnya seiras pelakon hero pujaan itu.

Dia turut berkata ke mana saja dia pergi, orang ramai akan menyedari kelibatnya sebagai Redza. Termasuklah ditempat kerjanya.

Apa pendapat anda, sama tak? Untung la kalau muka tu sama. Jom #MHBelanjaGambar ‘kembar’ Redza Rosli ni.

 

 

Kredit Foto : Instagram afiqvolaris

IKLAN