Uncategorized

Ibu Selena Beri Kenyataan, Memang Tak Suka Bieber Bersama Selena, Tetapi…

Share

Sebelum ini kecoh bila penyanyi dan pelakon, Selena Gomez kelihatan berbaik semula dengan bekas teman lelakinya, Justin Bieber apabila mereka dilihat sedang keluar bersama sambil menaiki basikal.

Kemudian, muncul pula berita bahawa ibu Selena, Mandy Teefey masuk hospital kerana tertekan apabila mengetahui anaknya itu mula bermain kasih sekali lagi dengan penyanyi ‘baby’ itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini Teefey memberikan kenyataan mengenai hubungan cinta anaknya itu dalam satu temu bual bersama GossipCop yang mengesahkan bahawa memang dia tidak sukakan Bieber.

Walaubagaimanapun, dia tidak mengawal anaknya kerana percaya Selena kini sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri.

“Selena boleh menjalani kehidupannya mengikut kemahuan asalkan dia bahagia, selamat dan sihat.

“Dia dah berumur 25 tahun, dah tahu risiko yang perlu dihadapinya. Saya sebagai ibu tidak mengawalnya seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

“Lagipun, dia dah besar, dah boleh buat pilihan sendiri,” katanya.

Setakat ini, pihak Selena tidak membuat apa-apa kenyataan balas mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu, Teefey juga turut menepis dakwaan bahawa hubungan dia dan Selena kini tegang kerana Bieber terutama setelah dia berhenti dari menguruskan karier anaknya itu.

“Setiap ibu dan anak pasti mempunyai perselisihan pendapat,” katanya.

Bagi MH, kalau dah namanya jodoh…lari jauh mana, berpisah macam mana pun mesti akan bersama juga kan?

Tapi apa-apapun restu keluarga itu penting dalam sesuatu perhubungan, jangan kerana ‘orang luar’ sampai bergaduh dengan famili. Mungkin Selena boleh cuba slow talk dengan ahli keluarganya mengenai Bieber dan yakinkan ahli keluarganya yang Bieber adalah pilihan yang tepat.

sumber: Enews

IKLAN