Penyanyi, Wan Norafizah Arifffin atau lebih dikenali sebagai Nora Ariffin memaklumkan ibu mertuanya telah meninggal dunia pada petang Rabu.
Berita sedih itu di kongsi penyanyi ini menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Di samping itu, bintang berusia 47 tahun ini turut mendoakan agar arwah ibu mertuanya ditempatkan bersama orang yang beriman.
“2 September 2020 Innalillahiwainna ilaihi rajiuunnn. Dukacita dimaklumkan.
Ads
“Ibu mentua tersayang saya Mami, Puan Nora Abdullah yg telah kembali kerahmatullah pagi tadi dengan tenang.
“Semoga mami ditempatkan bersama org beriman. Serta dapat bertemu dgn insan2 tersayang. Suami, anak & cucu tercinta. Arwah Baba, arwah Johan & arwah Alif. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Al- fatihah,” tulisnya.
Penyanyi, Nourul Depp memaklumkan berita sedih melibatkan anaknya Raphael Depp yang telah diserang demam denggi.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Nourul meluahkan rasa bimbang dan sedih apabila melihat keadaan anaknya yang turut diserang sawan secara mengejut.
Penyanyi berusia 46 tahun ini memberitahu anaknya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
“Dah balik “merentas desa dari cyberjaya ke shah alam and ke KL; anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu (tarik) Lepas dah 2 tahun solid tak kena.
“Mak dia jenuh berkuntau dalm qeta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lh!
“Sekali check darah; laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.
“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam 1 min setengah tu,” tulisnya.
Sambil memanjat rasa syukur, Nourul pada masa sama turut mendoakan anak lelakinya itu segera sembuh.
“Sampai hospital, apa lagi of course kena masuk drip semua kn. adoiii … mama pun nak nangeh tengok masuk jarum.
“teruih terpikiaq, itu yang hanya jatuh sakit kena denggi. Macam mana kes anak orang lain yang lebih teruk dari ni? macam mana hati mak pak tu nak tanggung tengok deriita anak.
“Denggi tak tinggi. Kami pelik laa nyamuk denggi ni. Doktor kata mungkin dah 4-5 hari kena tapi badan #raphaeldepp di tahap nak healing. Kami blur sat…
“Hang ni memang robocop lah raphael oiii. Mama papa bersyukur tak teruk. Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah. Takut part tarik tu. Kami trauma sat. Hilang cool. Kami terpanik hari ni.
“Mungkin sebab hormon pun dok nak betui lgi lepas kami 3 minggu buat #hysterectomy Yang pasti, parents mana suka anak sakit…Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik. Amin amin. YRA,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon versatil, Fasha Sandha ada berkongsi kisah perihal gelagat dua anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma yang teruja apabila terserempak dengan rakan selebriti ibunya, Datuk Aznil Nawawi.
Aznil atau Pak Nil yang sinonim dengan watak Profesor Klon menerusi filem Cicak Man, disifatkan Fasha sebagai insan yang dimiliki aura cukup kuat hingga membuatkan anak-anaknya cukup senang dengan kehadiran hos terkenal itu.
“Aura… Memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. AURA tidak pernah akan pudar, jika ada pada insan terpilih.
“Kalau kanak2 pun suka, bermakna selebriti itu adalah insan yang baik.
“Kisah semalam apabila terserempak dengan Datuk Aznil di dentist, masa tu datuk pakai mask, masuk je dalam klinik, anak2 terus menjerit excited , OMG professor KLON.
“Mata je pun anak2 dah kenal. Hebatnya Aura seorang otai, filem dah 16 tahun lalu tapi fenomena nya sampai sekarang,” kongsi Fasha.
Di samping itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih buat Pak Nil yang turut memberikan ‘angpau’ buat kedua anaknya.
“Terima kasih Paknil dan bodyguard Paknil yang melayani kerenah dua2 anak ku, beratus soalan tanya pada Paknil. Paknil tabah je melayan.
“Semoga Paknil @aznilnawawihm terus sukses dan diberikan kesihatan yang baik.
“Terima kasih juga kasi angpow untuk #iburayfalrayshaaisha beli toys semalam, semoga murah rezeki selalu,” jelasnya lagi.
Pelakon Zul Yahya sekali lagi menerima berita gembira apabila menimang cahaya mata keenamnya Jumaat lalu.
Lalu bintang yang kini bergiat aktif dalam bidang keagamaan itu turut menzahirkan rasa syukur apabila isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi selamat melahirkan anak lelaki mereka.
Pada masa sama, Zul turut berdoa agar permata hati mereka membesar menjadi anak yang soleh dan al-hafiz.
Perkara itu dimaklumkan Zul menerusi satu posting di Instagram.
Sementara itu menerusi satu hantaran lainnya, Zul turut menitipkan dedikasi istimewa bersempena dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga besarnya.
“MashaAllah, 9 muharram 1442 hari jumaat. Allah swt hadirkan kpd kami seorang lagi permata hati.
“Alhamdulillah, ibu dan anak sihat dan dipermudahkan kelahirannya. #Allahmahabaik #amanahAllah #6point,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...