Uncategorized

Ibu Gigi Hadid Nafi Anaknya Hamil

Share

Beberapa hari yang lepas isu kekasih Zaynn Malik, model popular Gigi Hadid yang dikatakan telah hamil menjadi viral di media sosial.

Semua ini terjadi apabila ada individu yang tidak bertangungjawab meyamar sebagai ibu Gigi dan mengumumkan pada semua peminatnya yang anaknya itu sedang hamil.

“I will be a proud grandma in eight month… life is a blessing,” tulis ‘Yolandan’ dengan bangganya.

Sejak dimuat naik, ramai yang memberi respons positif dan teruja terhadap berita tersebut. Mana tidaknya, pasangan Gigi dan kekasihnya Zaynn Malik memang sering menjadi perhatian para peminat dan ramai yang menanti mereka disatukan.

Perkara ini terbongkar apabila ada peminat mula bertanya soalan pada ibu kekasihnya itu. Ibu kepada supermodel tersebut memohon agar peminat anaknya tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lain selain daripada anaknya sendiri.

“No of Course not, if my daughter was pregnant she would be the one to announce it not me,” jelasnya melalui sebuah tweet.

SUMBER: Us Weekly

IKLAN