Tular di laman sosial apabila Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di beberapa buah lokasi sehingga mendatangkan amarah rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi menjelangnya Hari Kemerdekaan ke-62 tidak lama lagi.
Berang dengan keadaan yang disifatkan seolah-olah disengajakan, golongan selebriti turut tidak terkecuali memberikan reaksi.
Abam Bocik misalnya ada meluahkan rasa di entri Instagram dengan mengatakan ia ibarat memakai seluar setiap hari, mana mungkin kesalahan boleh berlaku?
“Pembelajaran hari ni…. Kepada yg x mengetahui cara cara gantung bendera MALAYSIA bole tgk sini k…. Dan maksud JALUR GEMILANG.
Ads
“Kemon rakyat MALAYSIA… Merdeka nak masuk ke-62 tahun.
“Ibarat hari hari pakai seluar… Xkan lupa pulak sarung seluar kat kepala,” tegasnya dengan menyertakan foto Jalur Gemilang beserta makna di sebalik dalam setiap warna.
Terdahulu, ada jenama besar negara ini yang didakwa telah mengibarkan bendera negara itu secara terbalik secara tidak sengaja. Malah, perkara tersebut sudah pun dijelaskan pihak berkenaan.
Sementara Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pula menjelaskan isu telah selesai apabila menyatakan ia adalah kesilapan sewaktu pemasangan oleh pekerja warga asing yang tidak memahami cara pemasangan jalur berkenaan.
Foto : Instagram Abam Bocik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sukses menerusi empat buah singlenya sebelum ini, kali ini Aman RA sekali lagi bakal mencuri perhatian apabila baru saja melancarkan lagu terbarunya yang berjudul Berada.
Apa yang menaiknya, lagu yang turut termuat di dalam album pertamanya, REBEL ini turut menampilan dua rakannnya, Altimet dan Noh Hujan.
Berkongsi lanjut mengenai lagu berkenaan, Berada mencerminkan perjalanan hidup mereka meski latar belakang yang agak berlainan tetapi dalam setiap cabaran dan setiap kenangan ajaran yang mereka terima adalah perasaan bersyukur walau apa jua keadaan.
Malah, lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan ‘wordplay’ perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).
Video muzik Berada juga sedikit sebanyak mengimbas kembali cabaran hidup yang mereka telah lalui serta kasih sayang dan dorongan yang telah di terima oleh Tuhan, keluarga dan rakan-rakan.
Imbasan inilah yang mengingkatkan mereka untuk sentiasa berterima kasih dan merendah diri.
Berada juga kini boleh didapati di semua platform digital dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran AmanRAVEVO di YouTube. Setakat ini, MV berkenaan sudah pun ditonton lebih 700,000 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ashraf Muslim difahamkan sudah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan Haji, awal pagi tadi.
Malah, sebelum berangkat jam 9 pagi tadi, bintang drama Biar Aku Jadi Penunggu ini meluahkan rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima itu.
“Bismillahirrahmanirrahim… Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah swt utk menyahut seruannya bg menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5.
“Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.
“Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yg paling agung.
“Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yg cukup disana. Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah swt,” kongsi Ashraf.
Dalam pada itu, Ashraf juga berasa sedih apabila mahu meninggalkan keluarganya buat sementara waktu bagi melaksanakan ibadah tersebut.
Akui Ashraf, dia amat merindui bapa, arwah ibu dan kedua-dua isteri serta anak-anaknya.
“Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah swt saya dapat menunaikan haji.
“Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malahorg sekeliling yg menyayangiku.
“Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah..Anak-anakku Sarah , Adam,Anas dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman utk dimarah, teman utk mengadu, teman utk bermain-main, teman berkasih sayang, teman utk ber’spiderman’, teman utk bersilat, teman utk main tembak2, teman utk makan, teman bergosip, teman utk main rumah2 dan masak2, teman utk tidur dan teman utk segala-segalanya.
“Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jgn sedih dan risau,”luah Ashraf.
Sementara itu, Ashraff,38, turut memuat naik gambar keluarga di Insta Storiesnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-ratanya mendoakan agar pemergiaan pelakon tersebut dipermudahkan, selain mendapat haji mabrur.
Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas Ashraf
Dua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Foto : Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.