Pelakon & model, Zahnita Wilson mendedahkan dirinya terpaksa menolak beberapa tawaran daripada jenama terkenal yang mahu mendapatkan khidmatnya.
Meskipun tawaran tersebut lumayan, Zahnita memaklumkan dia hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membesarkan anak-anak dan menguruskan bisnes pai miliknya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Kuliah Cinta itu menerusi temu bual bersama portal Mingguan Wanita yang dikongsikan di laman Instagram.
“Saya terpaksa menolak dengan cara yang baik meskipun tawaran tersebut melibatkan jumlah wang ringgit yang sangat besar. Ketika ini, saya hanya mahu memberikan fokus kepada anak-anak dan bisnes.
“Pada saya, dua perkara ini jauh lebih bernilai daripada sebarang kontrak yang diberikan kepada saya.
“Saya mendapat tawaran tersebut malam tadi. Kini, saya terpaksa memanggil kawan baik saya untuk menjadi pengurus. Dia yang akan menguruskan segala panggilan telefon.
“Salah satu tawaran yang saya terima adalah daripada Jakel tapi minta maaf, saya terpaksa tolak,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Katanya lagi, dia hanya akan menerima tawaran sekiranya ia mampu memberikan manfaat kepada masyarakat terutamanya buat golongan wanita.
“Memang ada yang menjemput saya. Kalau ia boleh membantu para wanita, masyarakat, dan komuniti, saya akan datang dan bantu.
“Namun, dari segi modeling dan segala tawaran-tawaran lain, buat masa sekarang, saya okay sahaja.
“Saya hanya ingin menjadi diri sendiri seperti biasa. Saya hanya akan gunakan platform media sosial untuk mempromosikan bisnes,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Zahnita turut memanjatkan rasa syukur apabila bisnies pai miliknya mendapat dapat sambutan yang sangat hebat daripada masyarakat.
Ads
Malah, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut menyifatkan segala ujian yang berlaku terhadap dirinya saat ini mempunyai hikmah yang tersendiri.
“Saya memang ada sasaran. Pada bulan ini, saya ingin membuat 3000 biji pai. Insya-Allah, menjelang tahun hadapan, ia mungkin boleh mencecah 100’000 biji.
“Semasa saya memulakan bisnes ini, saya minta kepada Allah untuk tunjukkan jalan dan saya niat kepada Allah, saya mahu menghantar sejuta pai ke Palestin.
Ads
“Pada saya, sebab inilah perkara yang menimpa saya ini berlaku. Niat itu merupakan satu hal yang sangat kuat,” akhirinya.
Sebelum ini Zahnita mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Melalui media sosial, ibu empat anak itu berkongsi gambar dengan kesan lebam di wajahnya, sambil menjelaskan bahawa itu adalah punca beliau sering memakai kaca mata hitam dalam acara awam.
Berikutan itu, laporan polis dibuat mangsa pada 27 November lalu dan suaminya ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin.
Dia turut memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mingguan Wanita & Zahnita Wilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.
Bagimanapun, hanya 14 peserta yang berjaya meneruskan perjuangan ke minggu berikutnya manakala enam peserta lagi terpaksa berdepan penyingkiran.
Kesemua peserta diadili oleh barisan juri tetap iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain dan Cakra Khan.
Enam peserta yang tidak berjaya mara ialah Esther, Boisover, Iqmal Romi, Yusriansyah, Bfore3 dan Jill Gaisah.
Sementara itu, 14 peserta yang bakal menggalas cabaran untuk tujuh minggu berikutnya terdiri daripada Jimi, Rezza Shah, Dayangku Iffah, Dhania, Zazzleen, Eylia Guntabid dan Hafiz Zainal.
Turut sukses ke minggu hadapan termasuk Aniq Iffat, Mariam, Kai Deva, Alya Mardien, Erfarina, Trio XL dan Marygrace.
Kai Deva yang sebelum ini tular dengan persembahan jalanan atau ‘busking’ bersama kumpulan Genji Buskers diumum sebagai peserta Terpaling Fizz selepas mempamerkan aksi memukau pada konsert minggu petama.
Konsert minggu petama ini turut menyaksikan kejutan apabila peserta, Rezza Shah yang pada awal tersingkir diselamatkan dengan ‘imuniti’ daripada ketiga-tiga juri tetap iaitu Yusry Abd Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan.
Proses penyingkiran seterusnya bermula daripada episod kedua sehingga empat finalis berjaya dicari untuk berentap pada konsert akhir, 9 Februari tahun depan.
Keputusan akhir bagi minggu seterusnya ditentukan berdasarkan 60 peratus markah daripada juri dan baki 40 lagi bergantung kepada undian penonton.
Konsert minggu pertama CSOIAM turut diserikan lagi dengan persembahan pembukaan daripada juara-juara OIAM iaitu Suki Low, Ayu Damit dan Tomok.
Malah, barisan juri tetap juga turut membuat persembahan istimewa menerusi lagu Dekat Padamu, Sangkar Cinta dan Kekasih Bayangan.
OIAM yang dihoskan gandingan pengacara, Haniff Hamzah dan Fizza Fizzy bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Namanya pernah popular dengan tagline ‘Hotel? Trivago.’ Hingga mendapat julukan sebagai ‘Gadis Trivago’. Dahlia Shazwan binti Mohd Amin atau lebih mesra dengan panggilan Dahlia Shazwan merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia.
Bagaimanapun, selepas hampir lapan tahun berkhidmat, akhirnya penerbit dan pengacara jelita ini telah pun mengumumkan pengunduran dirinya daripada program televisyen popular, Hlive pada April tahun lalu.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Dahlia menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya berhubung keputusan yang diambilnya itu.
Menurut ibu kepada seornag cahaya mata ini, dia sememangnya berasa amat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan buat dirinya.
“Mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan saya selama lapan tahun ini sebagai penerbit dan pengacara untuk Thinker Studios dan Hlive.
“Saya sangat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan oleh Allah tidak kira disaat jatuh dan bangun.
“Selamat tinggal semua. Saya mengundurkan diri,” tulisnya.
Pada masa sama, Dahlia turut berkongsi sebuah video yang memapar momen-momennya sepanjang bersama Thinker Studios dan Hlive.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Dahlia.
“Sangat seronok bekerja bersama. Selamat maju jaya.
“Kami mendoakan yang terbaik buat kamu Dahlia.
“I love your hosting dear.
“Kami akan merindui awak di Hlive.
“The best co-host at Hlive. Farewell gee,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Dahlia merupakan antara personaliti tv terawal yang mengacarakan program hiburan, Hlive.
Untuk rekod, Dahlia telah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati, Shafiq Ismet pada tanggal 23 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Freda pada 22 Februari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya dan hanya memuat naik sebuah video buat tatapan umum.
Menerusi video pendek yang dikongsi itu, Zahnita dilihat mengenakan ‘hoodie’ dan berkaca mata sambil kelihatan sebak lalu memberikan simbol ‘mini love’.
Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini turut menyerahkan urusan perniagaan pai diusahakan kepada dua kenalannya buat masa ini.
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 17,000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Terdahulu, pendedahan wanita berusia 39 tahun ini yang mendakwa telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga mendapat perhatian ramai.
Zahnita beberapa hari lalu menerusi Instagram mendedahkan penderitaan dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik foto keadaan matanya yang lebam.
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...