Uncategorized

“I Think I Deserve A Cheat Meal,” – Ini Permintaan Azri AF9 Selepas Turun 12 KG Dalam Masa Sebulan!

Share

Penyanyi yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9, Azri berkongsi perkembangan terbarunya di laman Instagramnya, semalam.

Kisahnya, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 12 KG dalam masa sebulan sahaja!

“Latest update about my weight.. 91kg last sep 2018. Now 78kg. Very satisfied with my progress.. i think i deserve cheatday meals tomorrow. Hahahaa.

“Ok esok nk makan banyakk2.. nyumm nyumm!!,” tulisnya.

Dalam pada itu, Azri juga turut berkongsi diet yang diamalkannya untuk mendapatkan berat badan ideal tersebut.

“Ohh ya.. klu siapa nk taw apa diet plan sy. sy agak extreme sikit. puasa selama 12jam. Bila time berbuka, sy only take one meal a day.

“So meal sy mesti kena ada carbs, protein, multi vitamins.. kira balance food la. errr klu nk taw lebih details ttg diet ni.. boleh search pasal intermittent fasting. ok bubye!!!,” tulisnya.

Wow! Agak esktrem juga ya diet yang diamalkan Azri ini. MH percaya tak semua orang boleh hadapinya kan?

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, ramai netizen memuji Azri yang konsisten untuk mendapatkan tubuh badan idamannya.

Apa-apapun tahniah kepada Azri. MH harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan dorongan kepada mereka yang turut sama ingin mendapatkan tubuh badan ideal.

IKLAN