Uncategorized

“I Nak Berhenti Jadi Perempuan,”- Pakai Make Up & Buat Posing Maut, Netizen Kata Beto Kusyairi…

Share

Pelakon, Beto Kusyairi ada memuat naik gambar terbaru di Instagram miliknya yang dikemas kini.

Gambar tersebut menunjukkan Beto mengenakan alat solek di wajahnya sambil membuat aksi ‘posing maut’.

Gambar yang dirakam bersama penyanyi, Tomok itu mengingatkan Beto tentang filem yang pernah dibintangi mereka enam tahun lepas iaitu Istanbul Aku Datang.

“6 tahun selepas kejadian di Istanbul, Azad @tomokofficial & Harris kembali berjumpa. Tapi..tapi..kenapa macam ni? Mana Dian @lisasurihani ,” tulisnya.

Gambar tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 1000 komen daripada netizen yang hanya fokus kepada wajah pelakon tersebut.

Rata-rata netizen mengakui bahawa Beto kelihatan sangat cantik persis wanita Melayu terakhir apabila mengenakan solekan tersebut.

Bagaimanapun, orang ramai diharap untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini kerana ia hanyalah sekadar memenuhi tuntutan watak.

Dalam perkembangan lain, Beto juga bakal terlibat menerusi filem episod, Sembilan yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

Foto: Instagram Beto Kusyairi

IKLAN