MH rasa sejak minggu lalu memang nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memang hebat diperkatakan.

Bukan itu sahaja, dia juga banyak dikaitkan dengan para selebriti dan juga menjadi perhatian para wanita. ‘Hottest bachelor in town’ gitu.

Mungkin sudah muak diperlakukan sedemikian, Syed Saddiq memuat naik satu luahan hati menerusi akaun Twitter miliknya.

“I didn’t join politics to become a celebrity. Tolonglah fokus kepada tawaran saya kepada anak muda (rumah mampu milik/High-Speed Internet/ Tangguh PTPTN) dan pelan pembangunan untuk jadikan #MuarMutiaraJohor.

“Please, gosip tidak akan menyelesaikan masalah anak muda,” tulisnya.

Kecewa betul bunyinya itu. Pada MH, mungkin Syed Saddiq rasa dipergunakan memandangkan orang lebih memandang rupanya daripada apa yang sebenar-benarnya yang dikatakan olehnya.

IKLAN

‘I Didn’t Join Politic to Become A Celebrity…’ – Ini Luahan Syed Saddiq Bila Sering Dikaitkan Dengan Selebriti

Luahannya itu mendapat banyak respon daripada orang ramai. Melalui pemerhatian MH, ramai yang kurang bersetuju apabila Syed Saddiq muncul di dalam program Meletop.

IKLAN

Dalam pada itu, MH lihat ada juga komen yang memerli selebriti yang dikaitakan dengan Syed Saddiq iaitu Neelofa dan Emma Maembong.

IKLAN

Pada MH, mungkin orang ramai seharusnya memandang serius apa yang dibawakan oleh Syed Saddiq. Sebagai salah seorang yang sudah beberapa kali bertemu dan berbual dengan dia, MH tak nafikan bahawa visi dan misi Syed memang bagus sekiranya ia dapat dibawa kedepan.

‘I Didn’t Join Politic to Become A Celebrity…’ – Ini Luahan Syed Saddiq Bila Sering Dikaitkan Dengan Selebriti

Apa-apapun, MH harap bahawa hentikan lah publisiti sebegini, kasihan kepada tuan empunya badan.

sumber: Twitter Syed Saddiq

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI