Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Ghous meluahkan rasa syukur dan gembira apabila menerima hadiah berupa senaskah Al-Quran daripada suami tercinta, Datuk Zhafran Md Yusof.
Kongsi Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, dia mendedahkan sudah lama berhasrat untuk khatam Al-Quran pemberian suaminya.
Sebelum ini, bintang berusia 38 tahun itu juga mendedahkan, dia pernah khatam Al-Quran tetapi menerusi pemberian naskhah daripada orang lain.
Ads
“This is really special to me @zhafyusof. Happy tak terkata. Sejujurnya deep inside me, i nak sangat hadiah Al-Quran dari you.
“Selalu baca Al-Quran hadiah dari orang lain. Setiap kali khatam mesti teringin nak khatam Al-Quran pemberian suami and finally this year i dapat apa yang i nak.
Ads
“Walaupun I tak bagi tahu apa yg terdetik dalam hati tapi u seolah-olah memahami. Syukur alhamdulillah. Tak sabar nak khatam,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut menitipkan ucapan terima kasih atas pemberian berkenaan yang penuh makna.
Ads
“Thank you sayang, bukan i tak appreciate gift lain tapi yang ini i nak simpan disini buat kenangan. Sebab i betul2 tersentuh hati dan happy sangat,” tulisnya lagi.
Penyanyi, Azmi Saat berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya awal pagi tadi.
Menurut Azmi, dia dan isteri sememangnya berasa amat bersyukur kerana penantian mereka selama sepuluh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan.
Katanya lagi, segala urusan isterinya sewaktu melahirkan telah pun dipermudahkan dan dia juga berasa amat teruja ketika pertama kali mendengar suara bayinya itu.
“Alhamdulillah. Pukul 9:09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia.
“Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan Caliph Buskers itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Azmi turut menitipkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu selama ini.
“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan agar anaknya itu membesar dalam keadaan yang baik dan sihat
“Alhamdulillah, tahniah Azmi
“Tahniah, semoga keluarga Abang Azmi sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.
“Alhamdulillah, tahniah Azmi. Semoga isteri diberikan kesembuhan sepenuhnya. Baby dan ibu sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.
“Tahniah Azmi. Syukur, Alhamdulilah. Semoga terus dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan. Dikuatkan iman serta dapat membimbing anak menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Azmin pernah memaklumkan dia dan isteri bersetuju untuk melahirkan bayi sulung meraka ini secara prosedur pembedahan dan memilih tarikh hari ini bersempena dengan hari lahirnya yang ke-33 tahun.
Sekadar informasi, Azmi dan isterinya, Naziah Muhammad yang juga merupakan pasangan cacat penglihatan atau orang kelainan upaya (OKU) ini telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 2011.
Sumber: Instagram Azmi Saat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin memaklumkan dia kini sudah kembali berkerja menguruskan perniagaan miliknya setelah beberapa sektor ekonomi dalam negara diberi kebenaran oleh pihak kerajaan untuk beroperasi.
Dalam pada itu, Mila atau nama sebenarnya Nursyarmilla Jirin memberitahu untuk menjadi seorang ibu yang berkerjaya dalam dunia perniagaan bukan satu perkara yang mudah.
Namun, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini meluahkan rasa syukur kerana suami dan ibu mentuanya menjadi penyokong, banyak membantu dalam menguruskan hal rumah tangga.
“Dalam kekalutan menguruskan macam macam. Allah bagi sedikit UJIAN TAMBAHAN. Apa pun tetap SYUKUR ALHAMDULILLAH. Harini mommy dah start activate button #SuperMom.
“Jadual Kerja mommy perlu dirombak serta merta. Dalam uruskan hal kerja dan hal rumah serta uruskan Anak. Alhamdulillah en Suami banyak sangat bantu hal hal rumah Mak Mentua pun sanggat #suppotive.
“Restructure @bizmilla_wedding_centre yang akan mula OPERASI semula OCTOBER ini #facemaskmilla 4ply LAUNCH 1st OCT,” tulisnya.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi tips bermanfaat buat para ibu dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
“Mommy buat kerja dengan penuh #istighfar Hasbunallah Wanikmal Wakil…InsyaAllah. Allah ada untuk mudahkan semua urusan.
“Mommy doakan semua #SuperMom diluar sana diberikan kecekalan hati dan kekuatan mental fizikal dalam menguruskan semua urusan. Ringankan dimulut “Allahuma ya barik” sentiasa ya.
“Muah…Supermom Junior Check in Psssttt mommy cuma request dengan en suami “TOLONG CARIKAN MESIN LIPAT BAJU”. Mommy alah dengan lipat baju ni,” tulisnya lagi menerusi hantaran di akaun Instagram.
Sedar tak sedar, sambutan Hari Malaysia tiba lagi tahun ini.
Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta akan negara dalam diri mereka sebagai anak muda.
HCJ sebulat suara berkata, mereka bersyukur dapat memupuk semangat patriotisme menerusi bidang muzik yang diceburi.
“Sebagai anak Malaysia, tak kira apa pekerjaan, bangsa dan agama, memang sangat penting untuk memupuk semangat cinta akan negara. Kepada penggiat seni muzik seperti kami, kami sangat bersyukur kerana dapat memupuk semangat tersebut menerusi lagu.
“Bukan sahaja menyampaikan mesej kepada diri sendiri, ia juga dapat disampaikan dalam melodi yang segar dan unik,” kata mereka.
Kumpulan ini baru tampil dengan lagu Suara Malaysia, bulan lalu.
Mengulas tentang Suara Malaysia, HCJ berkata ia mempunyai maksud yang luas, bukan sahaja sesuai tentang sambutan kemerdekaan, malah juga berkait dengan sambutan Hari Malaysia.
“Dari segi lirik, lagu ini bukan sahaja menceritakan tentang semangat Merdeka, tapi juga tentang Malaysia secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi tentang masalah yang dihadapi rakyat Malaysia sewaktu pandemik, dan juga usaha untuk membebaskan diri daripada segala masalah dan ujian yang melanda.
“Apapun, lagu ini bukan sahaja sesuai untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia juga sesuai dimainkan pada bila-bila masa,” kata mereka lagi.
Dalam pada itu, HCJ juga berkongsi tentang lagu patriotik atau kenegaraan kegemaran mereka.
“Sejujurnya, semua lagu patriotik atau kenegaraan sangat seronok untuk kami dan sentiasa mengembalikan nostalgia lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu.
“Antara yang paling disukai adalah Keranamu Malaysia kerana ia menceritakan tentang semua rakyat negara ini tidak kira apa pekerjaan, setiap orang memainkan peranan penting dalam memajukan negara tercinta.
“Kami juga suka lagu Kita Punya Malaysia nyanyian Bunkface kerana ia memberi suntikan muzik moden dan indie, kiranya ada jiwa kami dalam lagu itu,” tambahnya.
Memandangkan negara masih dilanda pandemik COVID-19, HCJberharap agar semua pihak termasuk diri mereka sendiri terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan setiap masa terutamanya ketika menyambut Hari Malaysia tahun ini.
“Nasihat kami kepada generasi muda dan diri kami sendiri, harap semuanya akan tetap patuh pada SOP. Walaupun lebih banyak sektor, dine-in, pelancongan dibenarkan.
“Kita tetap boleh menyambut Hari Malaysia dan sebagainya, tapi SOP amat penting demi mengurangkan lagi kes COVID-19.
“Harapnya dengan pematuhan berterusan ini, kita lebih selamat dalam masa terdekat ini dan dapat kembali melakukan aktiviti serta hiburan apabila kes makin berkurangan.
“Kami juga tak sabar untuk memainkan lagu-lagu baru untuk anda semua, kekal selamat!” kata mereka menutup bicara.
HCJ yang bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan lagu-lagu seperti Sembunyi dan Juwita sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...