Baru-baru ini, pelawak, Shuib meluahkan kekesalannya apabila ada pihak yang ‘mengatanya’.

“Macam-macam orang cakap pasal aku, takpelah itu makhluk…makhluk akan suka cari silap makhluk. Tapi ALLAH SWT tahu hikmah disebalik semua kejadian,” tulisnya.

MH difahamkan bahawa Shuib berkongsi keluhan itu di IG story namun nampaknya ‘posting’ itu sudah tiada.

Bagaimanapun, isterinya, Sarah Raisuddin memuat naik semula ‘keluhan’ itu namun disertakan dengan kata-kata semangat buat suaminya.

IKLAN

“Sayang… ALLAH SWT nak bagi pahala macam macam cara, ALLAH SWT pilih keluarga kita untuk menghadapi dugaan ini.

“I terima. Jangan rasa terlalu sedih apa yang manusia nampak tak sama di mata ALLAH, I tak takut, I tak malu, I tak gentar dan dengan izin ALLAH SWT I akan selalu ada dengan you disaat suka dan duka you.

“Cuma mungkin ramai yang tak faham fitnah lebih merbahaya dari pembunuhan kerana meyebabkan masyarakat hilang rasa kasih-sayang dan mencetuskan permusuhan.

“Firman Allah: Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. AL- Bakarah 217 fitnah itu menjadi dosa yg terus beranak pinak tidak ada hujungnya! @shuibsepahtu,” tulisnya.

“I Akan Selalu Ada Dengan You”- Janji Sarah Raisuddin Pada Shuib Bila Ada ‘Makhluk’ Mengata…

Kasihan pula MH baca kisah mereka ini, ada sahaja pihak yang tak puas hati dengan pasangan ini. Berat betul dugaan pasangan ini.

IKLAN

Tapi, MH ‘respect’ dengan pasangan ini sebab nampak keutuhan cinta mereka. Kalau ada orang kacau Sarah Shuib akan segera bertindak dan begitulah juga sebaliknya.

“I Akan Selalu Ada Dengan You”- Janji Sarah Raisuddin Pada Shuib Bila Ada ‘Makhluk’ Mengata…

IKLAN

Apa-apapun, MH mendoakan kedua-dua Shuib dan Sarah kekal tabah dan dapat mengatasi masalah ini. Fighting!

Foto: Instagram Sarah Raisuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI