Penyanyi popular Korea Selatan, HyunA mencetuskan kebimbangan ramai apabila rebah secara tiba-tiba semasa membuat persembahan di festival muzik Waterbomb Macau 2025 pada 9 November lalu.

Kejadian berlaku ketika penyanyi berusia 33 tahun itu sedang mempersembahkan lagu hitnya, Bubble Pop!, sebelum dilihat hilang imbangan dan jatuh di atas pentas. Beberapa kru segera naik membantu serta mengiringinya ke belakang pentas untuk menerima rawatan kecemasan.

Rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat di seluruh dunia yang meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan kesihatannya.

Beberapa jam selepas insiden itu, HyunA memuat naik kenyataan di laman Instagram bagi menenangkan peminat dan bercakap tentang insiden yang tular itu.

“Walaupun hanya berselang sekejap sejak persembahan saya yang terakhir, saya sebenarnya mahu tunjukkan persembahan yang terbaik buat anda semua, tetapi saya rasa saya tidak berjaya untuk tampil secara profesional, dan sejujurnya, saya langsung tidak ingat apa-apa yang berlaku.,” tulisnya.

Ads

Selain itu bekas ahli kumpulan Wondergirls dan 4minute ini juga berjanji akan membina semula stamina agar kejadian tersebut tidak berulang pada masa akan datang,

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyuna Kim (@hyunah_aa)

Ads

“Saya akan berusaha untuk membina semula stamina dan terus bekerja keras pada masa akan datang. Memang akan indah kalau semuanya berjalan seperti yang saya harapkan, tapi saya akan tetap berusaha bersungguh-sungguh.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada anda semua kerana sentiasa menyayangi, menyokong, dan menghargai saya sejak dari dulu lagi walaupun saya ada banyak kekurangan. Dan saya betul-betul okay! Jangan risau tentang saya! Saya harap semua orang dapat malam yang tenang… tidur lena ya!!” kongsinya lagi

Ads

Menurut laporan Koreaboo, agensi pengurusan HyunA iaitu At Area memaklumkan bahawa penyanyi itu kini sedang berehat dan menumpukan masa kepada pemulihan fizikal selepas kejadian berkenaan.

HyunA sebelum ini pernah berkongsi bahawa beliau menghidap masalah vasovagal syncope, iaitu keadaan kesihatan yang menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak hingga mengakibatkan pengsan.

Walaupun sudah meyakinkan peminat bahawa keadaannya tidak serius, ramai masih menyeru agar bintang K-pop itu mengambil masa untuk berehat dan tidak terlalu mendesak diri dengan jadual persembahan yang padat.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads