Ads

Humairah, Cantiknya Nama Anak Hafidz Roshdi

Tahniah diucapkan buat pelakon berbakat, Hafidz Roshdi yang kini bergelar seorang bapa. Sudah tentu peminat pun tak sabar untuk melihat wajah comel bayi itu bukan?

Terdahulu, pada 9 September yang lalu isteri kepada pelakon itu, Nurul Shuhada Mat Shukri telah melahirkan cahaya mata pada jam 11.30 pagi sabtu di sebuah pusat perubatan di Klang.

Humairah, Cantiknya Nama Anak Hafidz Roshdi

Menerusi entri terbaru di Instagram milik Hafidz, dia telah mengumumkan nama yang telah diberikan kepada anak perempuanya.

Ads

“Alhamdulillah,Humairah Binti Muhammad Hafidz.Humairah ( Gelaran isteri Nabi Aisyah R.A )Maksud putih kemerah – merahan Ig @Humairah.Hafidz #AnakAbah #TaatPadaAllah” Tulisnya di foto surat beranak anaknya.

Dengan membawa maksud putih kemerah-merahan dan gelaran isteri Nabi, Aisyah R.A, nama anaknya dipuji pengikutnya di Instagram kerana tidak memilih nama yang panjang dan mempunyai maksud yang cukup baik.

Perkongsian pelakon drama Aku Pilih Kamu itu telah menerima lebih daripada 16,000 likes setakat ini.

Pastinya berita ini sudah cukup menggembirakan dan mengujakan para peminat Hafidz. Disebabkan itu, ratusan jutaan tahniah telah pun diterima oleh beliau di laman sosial di ruangan komen di Instagramnya.

Ads

Humairah, Cantiknya Nama Anak Hafidz Roshdi

Dalam pada itu, pasangan itu telah mewujudkan Instagram untuk anak perempuan sulung mereka dengan nama akaun @ Humairah.Hafidz

Ads

Hafidz telah memuat naik foto pertamanya pada 18 September lalu dan diletak dalam mod umum. Nampaknya ia sudah mempunyai  tiga gambar.

Humairah, Cantiknya Nama Anak Hafidz Roshdi

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 di kediaman isterinya yang terletak di Perlis.

MH Online pun tak sabar juga ingin melihat wajah bayi comel sulung mereka di Instagram nanti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.