Hulk Hogan Berkahwin Lagi Pada Usia 70 Tahun, Pilih Wanita 25 Tahun Lebih Muda

Share

Ikon WWE dan bintang realiti TV terkenal, Hulk Hogan dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Sky Daily.

Hulk yang kini berusia 70 tahun berkahwin dengan Sky,45 dalam satu majlis sederhana dalam sebuah gereja di Clearwater, Florida.

Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Kelihatan anak bongsu Hulk, Nick Hogan memberi sokongan kepada bapa tersayang. Selain itu, ketiga-tiga anak Sky pula turut hadir memberi sokongan kepada ibu mereka.

Hulk atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea cukup segak mengenakan sut serba hitam lengkap dengan bandana di kepala. Sky pula cukup anggun mengenakan gaun labuh potogan duyung.

Pasangan ini sudah menjalin cinta lebih setahun lalu dan mereka mengikat tali pertunangan pada bulan Julai 2023.

BACA JUGA: Baru 14 Bulan Berkahwin, Britney Spears Akhirnya Berpisah Dengan Suami

Imbas kembali, Hulk sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali. Kali pertama bersama Linda Hogan, perkahwinan yang berlangsung sejak 1983 itu bertahan sehingga 2009 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Kemudian, penggusti terkenal itu mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Jenniefer McDaniel pada 2010 namun hanya bertahan selama 11 tahun.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN