Penyanyi dan komposer Ajai memaklumkan hubungan anaknya, Ayu Nazirah dengan bekas isteri iaitu penyanyi Nourul Wahab sudah kembali jernih.
Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 48, berkata, mereka sudah berhubung dan saling bermaafan atas kemelut yang berlaku sebelum ini.
“Mereka sudah berbaik. Ayu maklumkan kepada saya dia ada hubungi mamanya (Nourul). Mereka dah bermaafan.
“Alhamdulillah hubungan mereka dah okey. Biasalah kisah ibu terasa ini. Tiada apa yang serius pun,” katanya.
Ajai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media lagu Saag Hilang Cintamu daripada Aufahanie di Damansara, Selangor.
Ajai juga menjelaskan, dia tidak pernah masuk campur atas kemelut yang berlaku antara Nourul dan Ayu sebelum ini.
Ads
“Bagi saya dua-dua sudah pun dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ini saya dah faham sangat.
“Mereka ialah darah daging. Mesti akan berbaik kalau ada masalah,” katanya lagi.
Dalam masa sama Ajai turut menafikan dakwaan anaknya yang tinggal bersama pelakon Maria Farida sehingga menjadi punca perbalahan.
Malah, Ajai menyambut baik hubungan cinta Ayu bersama anak aktres Maria, Mizan Ashley.
Ads
“Ayu pernah jadi pembantu peribadi kepada Maria. Tetapi dia sekarang ada kerja sendiri dalam bidang Zoologi. Dia pun kini ada rumah sendiri.
“Kalau Ayu nak kahwin saya terbuka. Itu pilihan dia dan saya sokong. Umur dia pun sudah semakin meningkat.
“Cuma saya nasihatkan fokus kepada kerja dahulu. Untuk bakal suami Ayu stabilkan dahulu kehidupan sebelum ambil keputusan berkahwin,” katanya.
Terdahulu pada September lalu, Nourul berkongsi di media sosial foto dirinya sedang hamil dan menceritakan kronologi sebelum melahirkan Ayu sekitar 25 tahun lalu dan seperti terasa hati kerana anaknya sudah mempunyai ‘ibu baru’.
Ads
Perkongsian dibuat itu menerima pelbagai komen netizen yang berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.
Ayu Nazirah ialah cahaya mata tunggal Nourul bersama bekas suami, komposer Ajai yang bernikah pada 1996 dan sah bercerai pada 2006.
Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Rozita Che Wan menyelar kenyataan seorang individu yang meningalkan komen biadab di salah satu hantaran di akaun Instagram anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
Individu berkenaan merasakan kelakukan Aaisyah ketika ini akan cenderung membuatkan dirinya mempunyai sifat ‘pick me girl’ (suka mencari perhatian lelaki).
Lantaran itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memberi amaran kepada individu berkenaan supaya menjaga percakapan dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan orang lain dengan gelaran negatif.
“Eh kau jangan kurang ajar nak komen anak orang suka-suka hati. Jaga diri kau tu. Jangan sampai jadi sundal,” tulisnya.
Rasa berang itu dikongsikan sendiri oleh Che Ta menerusi akaun Instagram milik Aaisyah.
Untuk pengetahuan, akaun Instagram milik isteri kepada pelakon Zain Saidin itu masih gagal untuk diakses selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Pada masa sama, Che Ta turut mengigatkan individu berkenaan untuk memberikan fokus terhadap keluarga sendiri dan bukan orang lain.
“Harap anak kau nanti pun tak jadi sundal atau call girl (pelacur),” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Aaisyah juga kerap menjadi bahan kecaman netizen apabila dikatakan suka bersolek seperti orang dewasa.
Sekadar informasi, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas suami pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob menghargai setiap ucapan baik yang telah diberikan semua, susulan pengumuman mengenai perpisahannya dengan aktres itu, siang tadi.
Raff menerusi Insta Stories menjelaskan, banyak persoalan telah diberikan kepadanya mengenai hal yang berlaku namun dia mohon diberikan ruang.
Raf bagaimanapun akan berkongsi sebarang perkembangan di saluran Telegram, selepas ini.
“Thank you so much for all the kind words. I appreacite it so much.
“So many questions been asked and you guys wants me to answer. I can’t do it now. Berikan Raf masa dan tunggu dalam Telegram Raf for the updates ok?,” tulisnya.
Terdahulu pada Khamis, Mawar dan Raf mengesahkan mereka memilih jalan untuk berpisah.
Dalam satu kenyataan, keduanya memberitahu mereka sepakat untuk membawa haluan masing-masing kerana tiada persefahaman.
Malah, fokus mereka kini juga adalah untuk anak-anak dan akan berbincang tentang hak penjagaan bersama.
Spekulasi keretakan rumah tangga Raf dan Mawar mula menjadi bualan sejak Rabu selepas satu sumber mendedahkan pasangan ini perlu ke mahkamah syariah.
Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang peminat tampil meluahkan rasa kecewa dengan cara penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempromosikan album terbaharunya yang berjudul SITISM.
Menurut individu berkenaan, album tersebut sudah tidak lagi diberikan perhatian dan diperkatakan ramai susulan strategi promosi yang dikatakan sangat lapuk.
“Jadi, sekarang album Sitism sudah diam sepenuhnya. Marketing tak jalan langsung dan strategi zaman batu. Tiada penambahbaikkan langsung.
“Puji tu puji juga. Perkara yang tak bagus kita tegur,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh individu berkenaan menerusi sebuah hantaran di aplikasi X.
Tidak lama selepas itu, Siti tampil membalas hantaran tersebut dan menjelaskan mengenai promosi albumnya itu.
Jelas penyanyi lagu Menyapa Dunia itu, promosi album tersebut akan bergerak perlahan buat sementara waktu bagi memberi ruang terhadap isu yang lebih penting iaitu konflik peperangan yang berlaku di negara bergolak Palestin.
“Sabar sikit ya. Ada saudara kita di Palestin yang lebih perlukan perhatian,” jawab Siti ringkas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Siti selain turut mendoakan semoga kekejaman yang berlaku di Palestin akan segera berakhir.
“Senyap seketika tidak bermakna sesuatu usaha itu tidak berhasil cuma dalam situasi sekarang perhatian dan tanda sokongan di beri kepada saudara kita di Palestine itu lebih penting. Mendoakan keselamatan mereka di sana.
“Suka jawapan Kak Iti. Balas pun dengan penuh budi bahasa tanpa menyakitkan mana mana pihak. Love you.
“MasyaAllah alhamdulillah. Faham sahaja inshaAllah.
“Ya betul tu. Kita utamakan mana yang sepatutnya dahulu.
“Bangga dengan pendiri Siti Nurhaliza,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, album Sitism telah pun dilancarkan secara rasmi pada 8 September lalu manakala edisi deluxe yang mengandungi empat karya tambahan pula mula diterbitkan dua minggu kemudian.
Album terbitan Universal Music Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd itu turut dikeluarkan dalam bentuk fizikal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...