
Pelakon dan pelawak senior, Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih sinonim dengan panggilan Zaibo dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 1.30 petang di kediamannya di Rengit, Johor.
Memetik laporan Mstar online, berita sedih itu telah disahkan sendiri oleh isterinya, Siti Hawa Sawal.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.
Allahyarham dilaporkan tidak mengetahui dirinya diserang penyakit kanser esofagus tahap empat sehinggalah Ramadhan yang lalu apabila dia mengalami masalah untuk menelan makanan.
Selepas mendapat rawatan daripada pihak hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser dan akhirnya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![[VIDEO] Pelik Tapi Benar, Ibu Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Jumpa Wanita Lahirkan Anak Kembar Buaya Awal Tahun Ini! 2 [VIDEO] Pelik Tapi Benar, Ibu Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Jumpa Wanita Lahirkan Anak Kembar Buaya Awal Tahun Ini!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/1-43.png)
![[VIDEO] “Kurang Asam Punya Suami,” - Gara-Gara Asyik Dengan Telefon, Suami Tolak Instafamous Ini Dalam Kolam, Kasihan! 3 [VIDEO] “Kurang Asam Punya Suami,” - Gara-Gara Asyik Dengan Telefon, Suami Tolak Instafamous Ini Dalam Kolam, Kasihan!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/53AACE93-7803-421C-BCA4-8BCB1DB51B60.jpeg)

